Sunday, August 31, 2008

Bajet 2009

Semalam YAB Perdana Menteri telah bentangkan Bajet 2009 di Parlimen. Semua komen dan pendapat yang diberikan sama ada oleh orang perseorangan, masyarakat, media dan sebagainya menyatakan bahawa bajet 2009 yang dibentangkan tersebut merupakan bajet yang prihatin terhadap rakyat.Walau bagaimanapun, disini saya bukanlah ingin mengulas sama ada Bajet 2009 tersebut benar-benar prihatin atau tidak. Tapi saya ingin menarik perhatian mengenai beberapa allocation yang dibuat dalam bajet tersebut.

Pertamanya sejumlah RM5.4 bilion telah diperuntukan bagi meningkatkan keupayaan PDRM. Elauan intensif khas juga telah dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 sebulan. Alangkah bagusnya sekiranya daripada jumlah tersebut digunakan oleh PDRM untuk meningkatkan integriti anggota polis serta meraihkan kembali kepercayaan masyarakat terhadap polis.

Akhir-akhir ini kepercayaan masyarakat terhadap PDRM semakin terhakis akibat terlalu banyak kejadian jenayah yang melibatkan anggota polis sendiri. Kejadian terbaru ialah kehilangan sejumlah besar dadah yang dirampas polis Johor daripada simpanan mereka. Penangkapan anggota polis yang turut terlibat dalam menyalah gunaan dadah serta jenayah-jenayah lain seperti rompakan dan rasuah.

Sepatutnya pihak kerajaan dan PDRM sendiri mengambil langkah yang drastik bagi memulihkan imej polis. Adakah kajian yang dibuat oleh Suruhan Diraja Penambahbaikan Polis telah diambil tindakannya atau hanya sekadar tinggal diatas kertas sahaja. PDRM sebagai sebuah badan peguatkuasa keamanan negara seharus dan sepatutnya menjaga keamanan dan membenteras jenayah turut terlibat dengan jenayah tersebut. Ia bukan sahaja melibatkan anggota berpangkat rendah malah pegawai atasan juga turut terlibat sama.Jadi, dengan peruntukan kewangan yang cukup besar itu diharapkan PDRM mampu meningkatkan integriti dan sekaligus mengembalikan kepercayaan masyarakat terhadap PDRM.

Keduanya peruntukan kerajaan kepada kakitangan kerajaan dalam bentuk bonus sebulan gaji atau sekurang-kurangnya RM1,000. Tahun lepas, kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji untuk semua kakitangan kerajaan. Namun begitu CEUPACS masih lagi mendesak kerajaan supaya menaikkan bayaran KOLA kepada RM500 sebulan bagi setiap kakitangan awam.

Jika diteliti, setiap kali pembentangan bajet oleh PM tentu ada habuannya untuk kakitangan awam sama ada dalam bentuk kenaikan gaji ataupun bonus. Tapi adakah pemberiaan kerajaan itu berbaloi dengan tahap servis atau kerja yang dilakukan oleh kakitangan awam? Sepatutnya kerajaan memberikan kenaikan kepada jabatan tertentu sahaja yang memenuhi dan menepati satu tahap kerja yang cemerlang sebagai menghargai usaha mereka dalam memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan.

Saya amat percaya sekiranya diadakan kaji selidik dikalangan masyarakat mengenai tahap kerja dan layanan yang diberikan oleh kakitangan awam terutamanya yang berurusan dengan masyarat sudah pasti ada yang merungut tidak berpuas hati. Kerja yang dibuat sambil lewa, tidak menepati masa, tidak menghormati pelanggan, tidak mesra dan sebagainya merupakan antara rungutan masyarakat.

Sepatutnya kakitangan awam perlu sedar bahawa mereka memikul amanah negara dalam memberikan khidmat. Pendapatan mereka adalah diambil daripada hasil yang dibayar masyarakat. Bagi saya, tiada gunanya kerajaan menuruti kehendak kesatuan sedangkan para kakitangan awam tidak pernah memenuhi satu tahap kerja yang benar-benar memuaskan.

Ingatlah, tidak saya halalkan walaupun satu sen yang dibayar daripada cukai yang saya bayar yang diberikan kepada kakitangan awam yang tidak memenuhi tanggungjawab mereka sebagaimana yang diamanahkan.

Dua perkara ini pihak kerajaan perlu memberikan perhatian yang amat teliti bagi menjamin pembangunan negara yang lebih telus baik, cemerlang, gemilang dan terbilang!!!

Saturday, August 30, 2008

SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum wm wb

Puasa jangan tak puasa.

Saya selaku Ketua Pemuda PAS DUN Kelaboran serta sahabat-sahabat AJk sekelian mengucapkan Selamat berpuasa kepada semua warga DUN tak kira dimana berada.
Juga peringatan kepada semua pemuda tentang program terawih kita di setiap peti undi sepanjang Ramdhan ini.

Sekian. Wasslam.

PASANG BANNER POSO YB







Wednesday, August 27, 2008

Saturday, August 23, 2008

WAKIL PEMUDA DUN KELABORAN DI MAJLIS WALIMATUL URUS

23 Ogos 2008

Rumah Hj Che Ya
Kg Baru Nelayan

Bergambar bersama tuan rumah

Bergambar bersama pengantin
rumah Abe Li Penghulu Mukim Kelaboran

Wednesday, August 20, 2008

Hakikat Sebuah Kemerdekaan

Setiap tahun apabila tibanya 31 Ogos, negara kita dan seluruh rakyatnya merai dan merayakan ulang tahun kemerdekaan negara. Segenap pelusok negara digegarkan dengan laungan’MERDEKA!’. Seluruh negara juga turut dihiasi dengan kibaran bendera ‘Jalur Gemilang’ sebagai tanda memperingati dengan penuh rasa syukur akan sebuah kemerdekaan.

Tidak kurang juga program-program yang dianjurkan kerajaan dan badan-badan tertentu bagi mengisi kemerdekaan. Pelbagai program sama ada berbentuk hiburan yang melalaikan mahupun berbentuk keagamaan bagi menjelaskan pengertian mengenai kemerdekaan. Majalah dan akhbar pula sibuk menyiarkan pendapat dan perasaan perseorangan tentang kemerdekaan.

Begitukah sebenarnya hakikat sebuah kemerdekaan? Berbaloikah dengan program sebegitu tatkala menyambut ulang tahun kemerdekaan setelah kita selusuri sejarah para pejuang kemerdekaan yang telah mempertaruhkan nyawa mereka demi sebuah kemerdekaan. Terbalaskah jasa mereka dengan meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara yang telah difatwakan sebagai bersalahan dengan hukum syara’ itu?

Namun, apakah sebenarnya kemerdekaan di sisi Islam? Ramai ulama telah memberikan penafsiran mengenai ‘Merdeka’. Yang saya rasa lebih menepatinya ialah “ Tahrir al-Ibad min ibadatil ibad ila ibadatillah.” Yang bermaksud: Merdeka ialah kebebasan seorang hamba (makhluk) daripada perhambaan sesama hamba (makhluk) kepada perhambaan terhadap Tuhan.

Apakah mencapai maksud ‘merdeka’ dengan mengadakan perhimpunan yang mempersembahkan hiburan melalaikan kepada rakyat yang terdiri dari pelbagai golongan tanpa mengira usia, bangsa dan agama? Adakah dengan laungan ‘Merdeka’ tatkala tepat jam 12.00 tengah malam membuatkan seseorang itu benar-benar merdeka? Pada mengikut hemat saya, dengan penganjuran begitu jelas menunjukkan bahawa kita masih belum benar-benar merdeka!

Merdekakah kita apabila golangan muda-mudi terkinja-kinja menari mengikut rentak irama muzik? Merdekakah bangsa kita tatkala para muda-mudi berpakaian aneka ragam yang sedikit pun tidak melambangkan ketuanan Melayu dan jauh sama sekali mengikut panduan Islam? Merdekakah kita apabila gelanggang perhimpunan yang melalaikan atas nama sambutan kemerdekaan lebih ramai daripada majlis doa selamat di masjid yang hanya tinggal imam, bilal dan siak sahaja?

Adakah kita merdeka sewaktu mendabik dada mengatakan bahawa Malaysia adalah negara Islam sedangkan sifat Islamnya terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan sifat mungkarnya? Kita selalu mengadakan forum kemerdekaan, tetapi adakah kita mengambil pengajaran dari intipati kupasan para panelis untuk diadaptasikan dalam negara kita?

Ahh..terlalu banyak persoalan yang memerlukan jawapan. Namun jawapan yang diperlukan bukanlah sekadar untuk melepaskan batuk ditangga ataupun jawapan seumpama memberikan gula-gula kepada anak-anak supaya mereka lekas berhenti menangis.

Khalifah Umar al-Khatab r.a dalam suratnya kepada gabenor Mesir, Amru ibn al-A’s ada memberikan peringatan berikut:-
“ Mengapakah engkau memperhambakan manusia padahal mereka dilahirkan oleh ibu-ibu mereka dalam keadaan merdeka?”

Menjadi hamba tidak semestinya dalam maksud literal sahaja. Namun keterikatan kepada sesuatu pemikiran atau ideologi yang menyesatkan juga adalah bentuk perhambaan atau penjajahan moden. Masyarakat kita yang mendakwa bahawa kita telah merdeka namun dari segi pemikirannya masih lagi terjajah oleh pemikiran barat yang menyesatkan. Kenapa perlu mengikut ideologi barat sedangkan tamadun barat sendiri sedang mengalami keruntuhan akibat ideologi tersebut.

Kenapa kita sebagai sebuah bangsa yang merdeka tidak berpegang dengan penuh keyakinan terhadap satu sabda Rasul junjungan yang bermaksud:-
“ Telah aku tinggalkan dua perkara dan kamu tidak akan tersesat buat selama-lamanya selagi mana kamu berpegang kepada kedua-duanya iaitu al-Quran dan Sunnah.”

Apa yang ada pada ideologi ciptaan manusia itu jika dibandingkan dengan sebuah ajaran yang ditunjukkan Tuhan? Siapakah sebenarnya yang menjadi penentu bagi baik dan buruk kehidupan manusia jika bukan Tuhan? Sekiranya kita benar-benar beriman dengan tauhid uluhiyyah dan rububiyyah, tiada sebab mengapa kita perlu mencari ideologi lain dalam kehidupan selain dari al-Quran dan Sunnah.

Allah Taala telah berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 44 yang bermaksud:-
“ Tidakkah engkau memerhatikan (wahai Muhammad) orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab, mereka memilih kesesatan (dengan meninggalkan petunjuk Tuhan), dan mereka pula berkehendak kamu juga sesat jalan.”

Ironinya apabila ada pihak-pihak yang mencadangkan cara sambutan yang lebih Islamik, mereka tidak menghiraukan pandangan tersebut padahal ianya lebih baik dan berlandaskan ajaran Islam. Apa salahnya kita mengandakan sambutan ulang tahun kemerdekaan dengan majlis bacaan yasin, solat hajat, doa selamat dan sebagainya yang dibenarkan Islam. Majlis sebegitulah yang patut diadakan oleh negara kita yang dikatakan sebuah negara Islam!

Saya bukanlah hendak membincangkan sama ada negara kita ini sebagai sebuah negara Islam atau tidak. Yang pentingnya, oleh kerana kita mendakwa bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam maka penuhilah segala tuntutan dan prinsip-prinsip sebagai sebuah negara Islam.

Manakala dalam surah al-Ahzab ayat 36 pula Allah Taala telah berfirman yang bermaksud:-
“ Dan tidaklah harus bagi orang-orang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara, (tidak harus bagi mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.”

Maksud firman diatas sangat jelas kepada kita sebagai panduan dan kayu pengukur dimanakah kita berada. Adakah kita berada bersama golongan orang yang beriman atau bersama orang yang sesat. Prinsipnya mudah, petunjuk telah diberikan Allah Taala dengan perantaraan rasul. Jadi sesiapa yang memilih jalan lain selain dari petunjuk tersebut maka sesungguhnya mereka adalah golongan yang sesat.

Kerajaan dan masyarakat amat perlu memahami makna sebenar maksud kemerdekaan agar ianya seiring dengan permikiran dan gerak kerja kita. Sekiranya kita benar-benar merdeka, maka bebaskanlah diri kita daripada sebarang penjajahan dan perhambaan terutamanya penjajahan fikiran dan perhambaan minda yang tidak selari dengan Islam.

Sebagai penutup, saya petik wasiat Imam Ali ibn Abi Talib k.r.w kepada anaknya:-
“ Janganlah kamu menjadi hamba orang lain sedangkan Allah telah menjadikan kamu sebagai merdeka.”

Wasallahu a’laihi wasallam, walhamdulillahi rabiil a’lamin

Sumber rujukan:

al- Asqalani, al-Hafiz ibn Hajar, Bulughul Maram. Darul Nu’man, Kuala Lumpur. 2003.

al- Qardhawi, Dr. Yusuf, Malamih al-Mujtama’ al-Muslim allazi nansyuduhu. Penerbitan Seribu Dinar. 2000.

as-Suyuti, Imam Jalaluddin, Lubaabu an-Nuquul fii Asbaabin Nuzul. Victory Agencie, Kuala Lumpur. 2000

Tuesday, August 19, 2008

AHLI JAWATANKUASA PEMUDA DUN KELABORAN SESI 2007/2009

KETUA PEMUDA
Mohd Ab Rashid Bin Yah

TIMBALAN KETUA
Mat Razali Bin Ismail

BENDAHARI
Ab Hamid Bin Jusoh

SETIAUSAHA
Azhar Bin Ibrahim

Salim Bin Mohammad

Mansur Bin Mohd Rashid

Wan Khairul Anwar

Mohd Zaidi Bin Ab Rahman

Mamat Asri Bin Ibrahim

Izwan Faizal Azli Bin Mohamad

Kamaruzzaman Bin Makhtar

Ismail Bin Mohammad

Roslan Bin Yaakob

Syaiful Bin Shahimi

Mohd Yusoff Bin Mustafa

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLASEPAK ANTARA TEAM YB vs TEAM SMT

30 Julai 2008
Stadium Mini Kelaboran
Team YB (4) vs Team SMT (0)




TURUN HARGA MINYAK

Hari ini NAJIB ALTANTUYA telah mengumumkan akan menurunkan harga minyak dalam ceramahnya pada kempen pilihanraya kecil di Permatang Pauh. Kebiasaan kempen yang digunakan oleh pihak kerajaan apabila menang akan menurunkan harga minyak, tapi kempen pilihanraya kali ini berbeza kerana sebelum tarikh pembuangan undi dilakukan, pihak kerajaan awal-awal lagi mengumumnya.

Oleh yang demikian, cara berkempen yang diguna pakai oleh pihak UMNO BN adalah merupakan tektik lama. Kalau rakyat Kelantan, cara begini sudah tidak relevan dah sebab itulah UMNO BN dah mampus dah di Kelantan. Tak tahulah rakyat Permatang Pauh bagaimana! Kalau termakan lagi lah dengan kempen yang UMNO BN bawa ni..........

Sehubungan dengan itu, rakyat Permatang Pauh juga perlu sedar bahawa siapa Najib. Walaupun calon yang diturunkan oleh UMNO BN bersih, tiada skandal, tak makan rasuah, tak bunuh orang dll tetapi kita kena ingat bahawa sebersih mana pun calon UMNO BN, ianya tetap UMNO. Jangan bagi peluang kepada UMNO BN bertapak semula di Permatang Pauh. Pertahankan calon yang berusaha nak menegakkan keadilan walaupun ianya PKR.

Pantang mati sebelum ajal. Biar kita bermandi peluh. Biar kita bermandi darah demi memperjuang dan menegakkan keadilan untuk rakyat sejagat, untuk bumi Malaysia tercinta, untuk Agama Islam serta bangsa kita. Jangan kita nanti menjadi pelarian dibumi sendiri selagi UMNO BN hidup. Jangan terpedaya dengan janji-janji manis yang ditaburkan oleh pemimpin UMNO BN. Selama 50 tahun mereka tipu kita.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh WAJIB dipertahankan. Jangan sampai jatuh kepada golongan lintah darat. Kerana kemenangan ini akan menjadi titik permulaan baru kepada rakyat Pulau Pinang untuk terus menguburkan UMNO BN dan konco-konconya.

Teruskanlah perjuangan kita hingga ke titisan darah yang terakhir. Bagi mereka yang tidak dapat hadir sama ke medan tempur ini, iringi lah pejuang-pejuang kita dengan sokongan moral yang padu.

Monday, August 18, 2008

Perutusan Buat Para Pejuang


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam buat rasul junjungan, ahli keluarga baginda serta para sahabat seumpama bintang yang bergemerlapan.

Buat sahabat seperjuangan....

Ketahuilah olehmu bahawa pemuda merupakan antara tunjang yang penting dalam perjuangan. Sejarah terdahulu telah membuktikan bahawa kehebatan pemuda telah memberikan sumbangan yang besar dalam kebangkitan Islam. Diselusuri sejarah Ali k.r.w, Jaafar at-Tayyar, Usamah, Khalid al-Walid dan ramai lagi telah terakam dalam sejarah betapa kehebatan mereka berjuang antara sebab tersebarnya Islam dan tertegaknya kalimah Allah di muka bumi ini.

Para sahabat pemuda...

Maka disaat ini, aku menasihati diriku dan mengajak kalian untuk menginfaqkan diri kedalam perjuangan ini dengan penuh rela, redha serta ikhlas. Ketahuilah oleh kalian, bahawa Islam tidak pernah rugi sekiranya kita bukannya tergolong dikalangan para perjuangnya. Namun sesungguhnya kitalah yang rugi sekiranya kita tidak terpilih untuk menjadi pejuangnya.

Sahabatku...

Ayuh, bangkitlah dari keseronokan dunia sebentar ini. Renunglah perjalanan panjang yang bakal kita tempuhi nanti. Semoga Allah merestui kita demi sebuah perjuangan yang perlu kita tegakkan.

Takbir!!!!

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
Kepada Seluruh Warga DUN Kelaboran serta semua

1 Ramadhan 1429 / 1 Sept 2008

Daripada :

Ketua, Timbalan, Setiausaha dan Bendahari serta seluruh AJK
PEMUDA DUN KELABORAN

ALWAY'S READ AL-QURAN
  • Bulan Rahmat
  • Bulan Keampunan
  • Bulan Keberkatan
  • Bulan Pelepasan Azab Neraka

MOTIVASI PELAJAR "Let's Do It Yourself"

MAAHAD MUHAMMADI TUMPAT, Kg Sedar. 26 Julai Sabtu. Pemuda PAS DUN Kelaboran sekali lagi dalam rangka memprogramkan rakan belia telah menganjurkan Motivasi Pelajar yang bertemakan "Let's Do It Yourself". Program ini dijalankan dengan kerjasama Mudir dan Guru-Guru Maahad Muhammadi Tumpat. Motivasi ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Hj Che Abdullah Mat Nawi(ADUN Wakaf Bharu).

Antara lain tujuan perlaksanaan ialah:-
1. Mempelbagaikan program pemuda
2. Merealisasikan misi pemuda dalam mendekati pemuda@belia
3. Mendekati secara lansung pemuda@belia di peringkat sekolah lagi

Aturcara:-
8.00 pg
- Pendaftaran Peserta
- Ketibaan Dif-Dif
8.30 pg
- Ucapan aluan pengerusi majlis
- Bacaan Ayat suci Al-Quran
- Ucapan Pengarah Program
- Ucapan Wakil MMT
- Ucapan Persmian Oleh YB Tuan Hj Che Abdullah Mat Nawi
(Exco Kerajaan Kelantan)

10.00 pg
- Rehat / Minum ringan

10.15 pg
- Kertas I - En Azman Ibrahim (Penceramah Motivasi Ladang Rakyat)
(Motivasi Diri; Bagaimana Hendak Memotivasikan Diri; Ke Mana Halatuju? Rancan Terlebih
Dahulu)


11.45 pg
- Kertas Kerja II - Puan Zurah (Cikgu Pakar - Pengkalan Chepa)
(Teknik Menjawab Soalan Dengan Berkesan)

1.15 ptg
- Solat Zohor Berjemaah / Makan Tengahari

2.30 ptg
- Bengkel - Latihan Dalam Kumpulan (LDK)


3.30 ptg
- Perasmian Penutup oleh Ust Hj Radzi
(PK HEM MMT)

4.30 ptg
- Minum petang / Solat Asar
- Bersurai

KURSUS KEPIMPINAN DUN KELABORAN 2008

Pada 18/07/2008, Pemuda Dun Kelaboran telah mengadakan satu Kursus Kepimpinan Peringkat Dun Kelaboran 2008 bertempat di Sudara Beach Resort. Kursus tersebut dihadiri oleh ajk Majlis Tindakan Dun (MTD), Pemuda Dun, Penghulu dan ketua cawangan.

YB Mohd Zaki Hj Ibrahim selaku Adun Kelaboran merangkap Timbalan Speaker Kerajaan Negeri Kelantan dalam ucapan perasmian kursus telah menyebut:
Program ini memberikan kita peluang bertukar fikiran sesama kita. Mewujudkan wahdatul fikr (Kesatuan Pemikiran) antara kita serta memudahkan gerak kerja yang akan menghasilkan wahdatul a'mal (kesatuan kerja) yang dapat diperolehi daripada program ini.

Pengalaman-pengalaman sahabat-sahabat yang lama dalam politik dapat kita gabungjalinkan boleh memperkukuhkan parti kita. Sebagai hardcore parti yang akan menentukan pergerakan parti di dun kita, jika kita bermasalah maka akan menyebabkan orang bawahan kita juga bermasaalah.

Kita janganlah menghiraukan apa-apa tuduhan yang dilemparkan kepada kita. Cuma kita boleh mengambil pengajaran daripada tuduhan tersebut supaya kita tidak menjadi sebagaimana tuduhan yang dibuat terhadap kita tersebut.

Sebagai pemimpin, kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah s.w
.t nanti. Kita telah diamanahkan oleh rakyat untuk mentadbir negeri. Tanggungjawab kita berbeza dengan sebelum era tahun 1990 iaitu sebelum kita memerintah negeri. Namun sekarang, tanggungjawab kita adalah lebih besar lagi setelah kita dapat memerintah negeri. Kita perlu menyelesaikan semua masalah yang timbul dan jangan hanya melepaskan bebanan tersebut kepada penghulu atau pejabat dun sahaja.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan akan diagihkan kepada rakyat. Penghulu dan ketua cawangan adalah orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan pengagihan tersebut. Setiap kelulusan memerlukan pemantauan dan pemerhatian supaya ianya diperolehi oleh orang yang benar-benar layak.

Walau banyak masalah yang dikemukakan oleh rakyat, kita mestilah bersabar dan ingatlah kepada Allah. Mudah-mudahan dengan kesabaran kita akan memudahkan lagi kita untuk membantu rakyat serta memperkuatkan lagi parti dan kerajaan kita.


Kertas kerja I bertajuk Pemimpin Dan Kepimpinan Efektif Dalam Menghadapi Perubahan Dan Peralihan Masa telah dibentangkan oleh En. Azman Ibrahim.





Kertas kerja II bertajuk Peranan Pimpinan Pas Cawangan Dalam Menggerakkan Parti dibentang oleh Timbalan Pengarah I MTD, En. Mohd Adanan Hj Hassan. Antara intisari kertas kerja tersebut ialah pimpinan Pas perlulah menjadi contoh dan tauladan kepada ahli dan masyarakat.




Kertas kerja III bertajuk Faktor-Faktor Berlaku Keciciran Dalam Gerakan Islamiyyah dibentangkan oleh Timbalan Pengarah III MTD, Ust. Abdul Aziz Yusoff. Beliau memetik buku yang ditulis oleh Fathi Yakan.


Dalam kesimpulan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Dun selaku pengarah program, ada tiga perkara yang telah menjadi asas utama disebut oleh ketiga-tiga pembentang kertas kerja. Pertamanya, setiap pimpinan perlu menjadi contoh dan tauladan kepada orang lain. Kedua, setiap pimpinan perlu mendalami ilmu agama.Ketiga perlu ada wahdatul fikr dan wahdatul amal dikalangan para pimpinan.

PEMUDA PAS DUN KELABORAN DI MAJLIS MUHIBBAH KAUM SIAM BERSAMA TUAN GURU


Terbak, 1 Mei. Satu majlis ramah mesra julung kali telah diadakan di antara kaum Siam bersama Tuan Guru di Watt Pikulthong, Kampung Terbak. Lebih 1,000 jemputan telah menghadiri program tersebut yang boleh di anggap sebagai gemilang walaupun berbeza dari segi bahasa, budaya, agama dan adat

resam.



Turut hadir dalam majlis tersebut Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato' Kamarudin Jaafar, ADUN Kelaboran YB Mohamad Zaki Ibrahim dan barisan pimpinan pelbagai peringkat.




Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS DUN Kelaboran juga tidak ketinggalan ditugaskan untuk menyambut tetamu dan membantu menguruskan bahagian persegaran serta tugas-tugas khas.

MAJLIS KHATAN BERAMAI-RAMAI DUN KELABORAN

Peserta Khatan Dimandikan Sebelum
Acara Berkhatan Dilakukan

YB Menyampaikan Ucapan

YB Menyuap Pulut Kuning
Kepada Peserta Khatan

Dr Ab Wahab Tidak Ketinggalan
Mengambil Bahagian Dalam Majlis Ini

Peserta Menunggu Giliran
Untuk Di Khatankan