Saturday, June 20, 2009

PEMUDA DUN KELABORAN DI UPU TEMALIR

Temalir, Sabtu 20/06/2009, Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat dengan bantuan semua jentera pemuda termasuklah Pemuda Dun Kelaboran telah mengadakan satu Pelancaran Jentera Pemuda Peringkat UPU Temalir di Manek Urai.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat telah ditugaskan sebagai pembantu kepada UPU Temalir bagi memastikan kemenangan Pas di peti undi tersebut. Majlis pelancaran itu telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda Pas Negeri Kelantan merangkap Adun Mengkebang, YB Ustaz Haji Abdul Latif bin Haji Abdul Rahman.

Majlis tersebut bukan sahaja dihadiri oleh pemuda peti undi Temalir, bahkan para penduduk lain termasuk orang tua dan muslimat juga turut hadir untuk mendengar taklimat dan amanat Ketua dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan tersebut.

YB ADUN KELABORAN DILANTIK SEBAGAI SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS KELANTAN

YB Mohd Zaki Ibrahim Adun Kelaboran dan Timbalan Speaker Dun Kelantan yang merupakan bekas Ketua Pemuda Kelantan diberi kepercayaan oleh YAB Tok Guru Haji Nik Abdul Aziz Haji Nik Mat sebagai Setiusaha Badan Perhubungan Pas Negeri Kelantan yang baru .Beliau menggantikan YB Dato Takiyuddin Hassan.

YAB Tok Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan kesemua jawatan utama di Perhubungan PAS Kelantan kekal kecuali setiausaha .

Timbalan Pesuruhjaya 1, Dato' Ahmad Yakob, Timbalan Pesuruhjaya II, Dato' Husam Musa, Timbalan Pesuruhjaya III, Dato' Mohd Amar Abdullah. Bendahari, Dato' Anuar Tan Abdullah dan Ketua Penerangan, Ustaz Ahamd Baihaki Atiqullah.

Manakala Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri, Haji Abdul Fatah Harun."Hari ini mesyuarat yang pertama penggal baru dan saya masih memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan," katanya.Mohd Zaki yang juga Timbalan Speaker Dun Kelantan , merakamkan ucapan terima kasih di atas kepercayaan Pesuruhjaya melantiknya sebagai setiausaha baru PAS Kelantan.

Wednesday, June 10, 2009

KENYATAAN AWANG ADEK HANYA BERSIFAT MERAIH UNDI DI prk MANEK URAI

Dato' Awang Adek, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan sebelum ini telah membuat satu kenyatan di dalam akhbar Sinar Harian berhubung dengan AJK PAS Pusat tiada dari kalangan pimpinan PAS kelantan.

Dalam kenyataannya, beliau berkata "bahawa pimpinan PAS Kelantan ditolak kerana dalam pemilihan jawatankuasa di Mukatamar Tahunan PAS Pusat Ke 55 yang berlansung di Shah Alam baru-baru ini baik pemilihan tertinggi mahu pun peringkat ahli jawatankuasa, tiada seorang pun dari kepimpinan kelantan yang dapat merebut kerusi tersebut. Ini membuktikan ahli PAS sendiri tidak berminat dengan kepimpianan dari Kelantan, tambahnya lagi".

Sebenarnya Awang Adek dan kepimpinan UMNO Kelantan tiada modal untuk di utarakan dalam merancang gerak kerja dalam melaksanakan PRK sesi ini terutama yang akan berlaku di Kelantan pada 14 Julai depan.

Rakyat Kelantan sudah muak dengan karenah pemimpin UMNO bermula dari jawatan Presiden UMNO sampailah kepada ahli yang serendah-rendahnya.

Pemimpin UMNO masih lagi menggunakan cara lama untuk memikat dan manambat hati pengundi terutamanya dalam PRK Manek Urai. Kalau sebelum ini, nak tengok muka pemimpin UMNO menanya khabar orang kampung, tapi akhir-akhir ini kita boleh lihat, pemimpin UMNo sanggup turun bersama masyarakat kampung untuk meraih simpati daripada masyarakat kampung. Ada yang sanggup makan ala kadar saje, ada yang sanggup turun ke masjid-masjid dan surau-surau walaupun diri sendiri tak pernah jenguk tempat tersebut, ada yang sanggup turun ke kebun-kebun getah untuk menoreh getah bersama penduduk kampung dan banyak lagi sandiwara lapok yang dilakukan oleh pemimpin UMNO yang bangsat ini.

Sebelum ini Pakatan Rakyat telah memenangi 5 daripada 6 kerusi sesi pilihanraya kecil bagi selepas pilihanraya umum yang lalu.

Kerusi DUN Manek Urai menjadi paksi utama bagi menutup malu yang tercalar dalam kekalahan yang menimpa parti korup ini. Mungkin UMNO merasakan advantage kerana pengalaman pilihanraya umum tahun 2004 UMNO telah menang tipis di DUN Manek Urai.

Rakyat Manek Urai tidak akan mengulanginya lagi pada prk kali ini kerana janji rakyat Manek Urai kepada Allahyarham Poksu Weil supaya tidak akan bagi UMNO bertapak kembali di DUN Manek Urai.

Oleh yang demikian, sama-samalah kita menggemblin tenaga, besatu hati dalam wadah perjuangan Islam. Sama-sama menguburkan UMNO di DUN Manek Urai.

Tuesday, June 9, 2009

Cadangan Kerajaan Perpaduan Bersama UMNO Karut:YAB Tok Guru Nik Aziz

SHAH ALAM: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang disyorkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, cadangan untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno merupakan idea karut yang boleh merugikan PAS.

"Idea itu mengarut, orang lain tak tahu macam mana kami berhadapan dengan Umno di Kelantan," kata beliau semalam.

Bercakap dalam ceramah perdana sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-55 di Stadium Malawati, Nik Aziz berkata, beliau sendiri tidak faham bagaimana cadangan seumpama itu timbul sedangkan parti itu telah mengambil ketetapan untuk menyokong Pakatan Rakyat yang dianggotainya bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

"Saya tak faham macam mana (timbul)... kita sudah buat keputusan di Ipoh tahun lalu, dan kita menyokong Pakatan Rakyat," katanya.

Kenyataan Nik Aziz itu ternyata bercanggah dengan pandangan Abdul Hadi yang terus menaruh keyakinan bahawa cadangan pembentukan kerajaan perpaduan akan tetap diterima satu hari nanti.

Selain itu Nik Aziz turut membantah sebarang usaha sama atau rundingan bersama Umno yang bermatlamat untuk membincangkan mengenai perkongsian kuasa.

"Nak berunding untuk tubuh kerajaan tak usah, tapi nak bincang dengan Umno untuk benda lain boleh," katanya.

Sambil menyifatkan Umno sebagai samseng politik, Menteri Besar Kelantan itu turut mengingatkan supaya Umno terus dimusuhi dan dibasmi.

"Umno adakah samseng politik, kita perlu matikan mereka habis-habisan.

"Mereka ini umpama telur-telur tinggalan penjajah Inggeris dahulu yang menetas satu persatu," katanya.

Sunday, June 7, 2009

HARI KEPUTERAAN YANG di-PERTUAN AGONG


6 JUN 2009, Ketua & AJK Pemuda PAS DUN Kelaboran Mengucapkan Selamat Manyambut Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah Al Haj.


Tuesday, June 2, 2009

Bumbung stadium runtuh, Pemuda PAS desak SPRM siasat

KUALA TERENGGANU, 2 Jun - Dewan Pemuda PAS Terengganu mendesak Menteri Besar, Dato' Ahmad Said memberikan penjelasan segera berhubung keruntuhan bumbung utama di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, kira-kira 15 kilometer dari sini yang berlaku pagi tadi .

Timbalan Ketuanya, Ustaz Wan Sukairi Abdullah dalam kenyataan awal kepada Harakahdaily melahirkan rasa terkejutnya di atas kejadian yang amat memalukan itu. Ia malah dianggap tidak sepatutnya berlaku memandangkan stadium bernilai lebih RM200 juta itu baru sahaja siap dibina lebih setahun lalu dan dikatakan masih dalam jaminan pihak kontraktor.

Stadium yang merupakan komponen utama Kompleks Sukan Negeri Terengganu itu baru siap dibina lebih setahun lalu. Ia pertama kali digunakan untuk temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2008.

Seluruh struktur bumbung yang memayungi tempat duduk utama di stadium itu dilaporkan runtuh. Kejadian itu disedari berlaku pagi Selasa, tanpa sebarang faktor semula jadi seperti ribut atau angin kencang.

"Fakta itu (ketiadaan ribut atau angin kencang) menyebabkan kita mengesyaki ia berpunca daripada kecuaian manusia. Apatah lagi sebelum ini pun sudah beberapa kes keruntuhan bangunan yang baru siap telah berlaku di negeri ini," kata Wan Sukairi.

Beliau dipercayai merujuk kepada beberapa kes serupa yang dilaporkan berlaku sebelum ini. Ia termasuklah dua kejadian berasingan melibatkan keruntuhan bumbung dewan besar sebuah sekolah menengah dan siling dalam kelas di sebuah sekolah di Marang.

Turut dilaporkan juga sebelum ini, beberapa struktur dalaman Bazar Warisan di tengah-tengah bandar raya Kuala Terengganu yang baru siap tidak sampai setahun turut rosak dan runtuh.

Sehubungan itu, Wan Sukairi tidak menolak kemungkinan wujudnya unsur-unsur rasuah dalam pembinaan Stadium Sultan Mizan, sehingga menyebabkan keruntuhan bumbungnya itu.

"Bagi mana-mana projek sebesar itu (pembinaan stadium), setiap 'progress' mesti diperiksa dan disahkan lulus oleh pihak yang bertanggungjawab. Kalau semuanya dibina mengikut spesifikasi, mana mungkin ianya runtuh?," soalnya.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS turut mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera membuka kertas siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian, terutama sebarang kemungkinan wujudnya unsur-unsur rasuah dan penyelewengan sepanjang pembinaan stadium tersebut.

Menurut Wan Sukairi, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

46.15% mengundi di Penanti - terendah dalam sejarah

Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti ialah 46.15 peratus atau 7,100 orang, demikian menurut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, ia merupakan peratusan keluar mengundi terendah dalam sejarah Malaysia.

Peratusan tersebut juga merupakan hanya hampir separuh daripada 82.1 peratus pengundian dalam pilihanraya umum lalu.

Difahamkan sebelulm ini, peratusan terendah pernah dicatat di Sarawak.

Dalam pilihanraya umum lalu, calon PKR Mohamad Fairus Khairuddin mendapat 7,346 undi untuk menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid dengan majoriti 2,219 undi. Abdul Jalil mendapat 5,127 undi.

Bagaimanapun, BN tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti kali ini.

SPR sebelum ini mensasarkan sebanyak 70 peratus daripada 15,385 pemilih akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil hari ini.

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bermula jam 8 pagi tadi. Sebanyak 32 saluran mengundi di sembilan pusat pengundian. Lapan daripada pusat tersebut ditempatkan di sekolah dan sebuah lagi di dewan orang ramai.

Pusat-pusat mengundi itu ialah SMK Guar Perahu (empat saluran), SK Guar Perahu (lima), Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon, Ara Kuda (satu), SK Mengkuang (empat), SJK (C) Perkampungan Sungai Lembu (satu), SMK Mengkuang (tiga).

SMK Penanti (tiga saluran), SK Tanah Liat (lapan) dan SRJK(C) Jit Sin (A) Jalan Berapit mempunyai tiga saluran.

Kerusi DUN Penanti kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, selepas melepaskan jawatan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang seminggu sebelumnya.

kerusi dun penanti pulau pinang 200409Dalam pilihanraya umum lalu, Fairus dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.

BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil hari ini. Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.