Sunday, July 19, 2009

KELEBIHAN BULAN REJAB

Wahai Saudara-saudaraku yang budiman, Pada hari Isnin tanggal 16 Julai 2007 kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Mari kita simak ada apa di balik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:


* Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat ker
edhaan yang besar dari ALLAH swt

* Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1428/Isra Mi'raj (Sabtu, 11 Ogos 2007) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

* Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

* Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (16,17,18 Julai 2007) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat

* Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dikabulkan Allah swt

* Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan delapan pintu syurga

* Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari
puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari
madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu
Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt.
Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?"
Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang disiksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab niscaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur."
Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari siksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan sholat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan sholat malam satu tahun."

Sabda beliau lagi "Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban Adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku." "Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban dan bulan Ramadhan.
Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka."


Analisis PRK Manek Urai: Kekalahan PAS Di Manek Urai

PAS sebenarnya kalah di Manek Urai…


1. Kalah dari segi janji-janji pembangunan
2. Kalah dari segi taraf akademik calon
3. Kalah dari segi curahan wang ringgit secara tunai
4. Kalah dari segi sokongan media cetak dan elektronik
5. Kalah dari segi sokongan agensi kerajaan
6. Kalah dari segi bilangan undi yang merosot
7. Kalah dari segi kemudahan jentera pilihanraya

Walaupun PAS memang dengan 65 undi, sewajarnya PAS membuat satu post-mortem (muhasabah) dan kajian mendalam dalam mencari punca kalahnya PAS di Manek Urai dalam keadaan situasi UMNO/BN yang telah goyah.

PAS sepatutnya boleh menang dengan selesa, namun beberapa tindakan pimpinan yang bertelagah sesama sendiri yang telah dibuka pekungnya oleh media cetak dan elektronik secara tidak langsung berjaya di”embedded”kan kedalam otak para pengundi.

Pakatan Rakyat (PR) sepatutnya pada masa ini dalam proses pembersihan organisasinya dan meneruskan kerja keras untuk menunaikan semua janji-janji sebelum PRU12 dahulu. Ketiga-tiga komponen dalam PR (PAS, DAP dan PKR) perlu bergerak seiring dan tidak bertelagah sesama sendiri. Ujudkan satu mekanisma untuk menyaring semua maklumat dan satu jawatankuasa umum yang memantau semua perjalanan negeri-negeri yang ditadbir oleh PR.

Ini penting demi untuk kelangsungan Pakatan Rakyat dan bagaimana ianya memberikan contoh terbaik demi mencorakkan pentadbiran yang telus, cekap dan amanah.

Isu-isu seperti kes pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya dan isu perumahan di Kampung Buah Pala sepatutnya ditangani dengan baik oleh jawatankuasa umum sebelum ianya dijadikan bahan peluru oleh media massa milik UMNO/BN untuk menyerang Pakatan Rakyat.

Banyak lagi sebenarnya isu-isu yang sepatutnya dibawa kepada perhatian jawatankuasa khas Pakatan Rakyat (JKPR) untuk disiasat dan diselesaikan mengikut lunas-lunas undang-undang yang sepatutnya tanpa perlu mendapat liputan luas oleh media yang sebenarnya cuba untuk melaga-lagakan dan memerangkap PR.

ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sewajarnya digalakkan kurang memberikan komentar secara terbuka kepada mana-mana media cetak dan elektronik demi untuk mengelakkan disalah takrifkan atau disalah tafsirkan untuk kepentingan media tersebut. Adalah lebih baik sekiranya ditetapkan bahawasanya hanya jurucakap JKPR sahaja yang dibenarkan untuk memberikan komentar dan ulasan.

Kepada Pimpinan Pakatan Rakyat, saya menyeru agar anda dengan segera menubuhkan JKPR ini demi untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat daripada dipecah belahkan oleh media milik UMNO/BN dan sekutunya.

Wednesday, July 1, 2009

TOK GURU NIK AZIZ ADALAH WALI, ULAMAK & AHLI POLITIK

Ku mulakan kalam ini dengan kalimah Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw dan ke atas sahabat-sahabat serta keluarga baginda.

Pertama-tamanya, marilah kita semua memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah Taala kerana masih lagi memberi nikmat kepada kita semua untuk kita meneruskan sisa baki kehidupan di dunia yang fana' ini dalam rangka kita sama-sama mencari keredhaanNya, mudah-mudahan semua amal kerja yang kita buat akan diterima oleh Allah Taala.

Tujuan artikel ini dikeluarkan adalah bagi menyangkal dakwaan banyak pihak terutama MSO yang masih tidak yakin dengan keperibadian Tok Guru Dato' MB Kelantan. Kenyataan yang dihuraikan oleh MSO melambangkan beliau yang beragama Islam serta seorang tokoh penulis yang terkenal dalam edisi pengkritikan tidak tahu menilai yang mana kaca yang mana intan. Sepatutnya seorang penulis seperti MSO, adalah berpengalaman luas dalam penulisan, pembacaan serta pengkajian sebelum membuat sesuatu kenyataan atau artikel.

"MSO(Mohd Sayuti Omar) mula membuka bicara tentang betapa sedihnya beliau apabila melihat semakin ramai orang mencerca Mursyidul Am Pas Tuan Guru Nik Aziz di dalam artikelnya yang dikeluarkan oleh Detikdaily. Beliau mahu Tuan Guru Nik Aziz dilihat di dalam dua dimensi iaitu sebagai seorang Ulamak dan satu lagi sebagai seorang ahli politik. Apabila Tuan Guru cuba untuk melaksanakan kedua-duanya (Ulamak dan pemimpin politik) maka MSO mengandaikan ini penyebab kepada kekecamukan".

[Saya mendakwa, MSO kena banyak membaca sirah Rasulullah saw dalam perkara di atas kerana Rasulullah dahulu bukan setakat dicerca, dimaki, dihamun dan sebagainya, malah Rasulullah pernah dibaling dengan batu sehingga mendapat luka-luka dibadan serta Rasulullah pernah dilemparkan dengan najis unta ketika Rasulullah sedang solat. Apakah dalil ini masih menyangkal pemikiran MSO dalam mengenal seseorang].

Cuba kita kenang kembali sirah Rasulullah saw. Rasulullah bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul, tetapi Rasulullah adalah seorang Perdana Menteri(ahli politik) serta panglima perang.

Kita jangan jadi seorang yang bodoh sejarah Islam, kalau kita seorang penalis. Jangan jadikan alasan-alasan yang bodoh kita atau kerana naluri kita tidak memihak kepada kebenaran kenyataan sejarah lampau, sanggup kita mengeluarkan artikel yang bodoh dan mencetuskan kemarahan sesetangah pihak. Dek kerana kebodohan dan kejahilan kita, menyebabkan susah semua orang.

MSO pun saya rasa kena masuk pondok juga sekali dengan Pemuda UMNO-BN untuk mendalami semua ilmu agama supaya penulisan, artikel serta kenyataan menjadi lebih mantap lagi.

TAHNIAH!!!

KETUA PEMUDA PAS DUN KELABORAN SERTA AJK MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA SAUDARA MOHD ROSLAN BIN YAACOB KERANA BERJAYA MENYAMBUNG PANGAJIAN DI UPSI.

JASA DAN KOMITMEN YANG DIHULURKAN TIDAK DAPAT KAMI LUPAKAN.

DOA DAN HARAPAN SEMOGA SAUDARA ROSLAN SENTIASA ISTIQAMAH DALAM MENERUSKAN PERJUANGAN ISLAM TIDAK KIRA DIMANA SEKALIPUN.