Saturday, August 29, 2009

Tadarus al-Quran Ramadhan 1430


Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan telah memilih ayat 120 sehingga ayat 128 Surah an-Nahl untuk tadarus sepanjang bulan Ramadhan 1430 ini.

Ayat tersebut dipilih sebagai mengambil pengajaran dari kisah Nabi Ibrahim Khalilullah a.s dalam hidup baginda menyebar dakwah dan menyeru kaumnya supaya beriman kepada Allah s.w.t.

Banyak cabaran dan dugaan yang dihadapi baginda dalam misi dakwahnya itu. Antara kisah yang masyhur mengenai Nabi Ibrahim a.s ialah Nabi Ibrahim dilontar ke dalam api yang menjulang-julang namun Allah s.w.t telah memerintahkan api tersebut supaya tidak membakar tubuh baginda sehinggakan Nabi Ibrahim keluar dari api tersebut tanpa seurat bulu roma pun yang hangus.

Tuesday, August 25, 2009

UMNO-BN KECUNDANG LAGI

25 Ogos 2009-Selasa, Permatang Pasir: Pilihanraya Kecil N11 Permatang Pasir membuktikan kekuatan PAS. Sebanyak 8 kali sesi pilihanraya kecil selepas daripada pilihanraya umum ke 12, hanya UMNO-BN dapat menawan di Batang Air sahaja. Tujuh tempat lagi dimenangi oleh PR.

Sepatutnya pemimpin tertinggi UMNO-BN berasa malu kerana setiap kali ada pilihanraya kecil, UMNO-BN menggunakan seluruh jentera, harta kerajaan dan sebagainya untuk menyerang PR. Media elektronik serta media cetak bertalu-talu cuba memainkan peranan untuk memenangkan pihak kerajaan.

Justeru apabila dinamakan UMNO-BN, disana mereka ini terlupa satu kuasa yang dapat mengubah hati pengundi-pengundi walaupun ditabur janji pembangunan bohong, walaupun ditabur duit beribu-ribu ringgit. Kuasa yang dapat mengatasi segala kuasa yang hebat di atas dunia ini, iaitu kuasa Allah Raabul Jalil.

Setiap kenyataan pemimpin UMNO-BN pada sesi pilihanraya kecil seolah-olah orang lain semuanya salah, orang lain semuanya bangsat. Tetapi sudah terang lagi bersuluh, rupa-rupanya UMNO-BN lah yang paling bangsat di atas dunia ini.