Sunday, March 28, 2010

Kejohanan Badminton Pemuda Dun


Pada 26/03/2010 (Jumaat) Pemuda Dun Kelaboran telah mengadakan kejohanan badminton tertutup pemuda yang hanya disertai oleh semua ajk pemuda dun. YB Adun Kelaboran, Mohd Zaki Hj Ibrahim juga turut serta beraksi dalam kejohanan ini. Tujuan utama kejohanan seperti ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi ukhwah dikalangan ajk pemuda dun.

Kejohanan ini telah diadakan di Dewan Boustead, Tumpat bermula pukul 8.30 malam sehingga pukul 1.30 pagi. Para ajk telah menunjukkan bakat yang terpendam dalam arena badminton walaupun boleh dikatakan semuanya mengalami sakit urat dan kekejangan kerana tidak pernah terlibat dalam permainan badminton.

Kejohanan ini telah dijuarai oleh saudara Ismail Mohamad selaku pengarah program bersama rakan pasukannya Azizol.

Ziarah Pemuda


Pada 27/03/2010 (Sabtu), Pemuda Dun Kelaboran bersama YB Mohd Zaki Hj Ibrahim selaku adun Kelaboran telah mengadakan program ziarah sebagai salah satu program kebajikan. Kami telah melawat keluarga saudara Zaidi Abd. Rahman salah seorang ajk pemuda dun Kelaboran yang baru sahaja mendapat cahaya mata yang baru bernama Ahmad Hanbali. Doa selamat turut dibacakan oleh Ustaz Azhar Ibrahim, selaku setiausaha Pemuda Dun Kelaboran.

Selepas itu kami meneruskan program ziarah ke rumah ketua cawangan Pengkalan Nangka untuk melawat anak lelaki beliau yang telah terlibat dalam kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke sekolah. Anak beliau telah mengalami patah ibu jari serta kecederaan teruk dibahagian mulut. Pemuda Dun turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada beliau sebagai tanda simpati kami.

Seterusnya destinasi kami terakhir ialah Kampung Berangan Masjid untuk menziarahi seorang pemuda yang lumpuh kerana otaknya telah diserang kuman. Namun begitu kami tidak bernasib baik kerana pemuda tersebut telah dibawa abangnya untuk berubat di Thailand. Kami tetap mengambil kesempatan untuk menyampaikan sedikit sumbangan kepada isterinya.