Saturday, December 27, 2008

MENGAPA PEMENANG MENDAPAT KEMENANGAN


KUALITAS ANDA YANG PALING PENTING:-


1) Pemenang berkeyakinan bahawa sikap yang baik mengubah tugas menjadi kegembiraan. Pemenang tahu bagaimana anda berfikir ketika anda kalah. Pemenang akan menentukan selama apa anda akan kalah sampai anda menang. Pemenang berkeyakinan bahawa anda tidak punya kesempatan kedua untuk membuat kesan pertama yang baik.

2) Pemenang berkeyakinan bahawa kalau anda menggeram sepanjang hari, anda akan kelelahan seperti anjing pada malamnya. Pemenang tahu bahawa senyuman begitu kuat sehingga bahkan bisa memecahkan ais.

Monday, December 22, 2008

Saturday, December 6, 2008

WACANA PERDANA

PEMUDA DUN SEMPAT TURUN KE PUSAT PEMINDAHAN BANJIR


1 Dis 2008, Sek Kebangsaan Tumpat :- Pemuda DUN Kelaboran sempat mengadakan perjumpaan khas di Pusat Pemindahan Banjir. Tujuan perjumpaan tersebut diadakan adalah untuk membincangkan waktu giliran bertugas sebagai satu langkah pertolongan kepada mangsa-mangsa banjir.

Saturday, November 15, 2008

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN SPM

Assalamualaikum wm wb

Ketua Pemuda PAS DUN Kelaboran serta semua AJK mengucapkan "Selamat Menempuh Peperiksaan SPM" kepada semua pelajar tingkatan lima yang berada dalam DUN Kelaboran sama ada dari Sekolah YIK atau pun Sekolah Kementerian.

Good Luck & Sucsess................

VIRUS YANG TERLEBIH BAHAYA DARI VIRUS YANG BAHAYA

Seorang ustaz berkuliah, katanya; Imam Ghazali mengenalpasti 3 perkara penyakit hati yang kronik, iaitu hasad dengki, 'ujud dan takabur.

Umum mengetahui, ketiga-tiga penyakit ini sememangnya membawa virus yang berbahaya. Rata-rata manusia apabila dihinggapi virus ini akan 'koma' yang berpanjangan (lupa diri). Perasaan hasad dengki akan mengundang bahana yang besar. Apa tidaknya, perasaan cemburu, dengki, khianat yang bersarang di hati tidak akan senang apabila melihat orang lain senang, mewah, gembira, berjaya dan sebagainya. Perasaan yang bersarang di dalam hati seseorang insan yang berkedudukan rendah sehinggalah ke kedudukan yang tertinggi dalam masyarakat ini akan memakan sifat-sifat mahmudah. Virus inilah yang menyebabkan berlakunya penyakit sosial seperti samun, rogol,bunuh,curi,ragut,rompak dan sebagainya. Bahkan fenomena ini juga dapat dilihat dari perbezaan fahaman politik yang membawa kepada sekat projek dan sekat peruntukan dengan pelbagai cara. Bagi yang di dalam wadah yang sama pula, wujud perasaan hasad dengki kerana merebut jawatan demi kemewahan hidup maka berlakulah fenomena baling membaling, kata-mengata dan seumpamanya lagi.

Begitu juga dengan virus 'ujud, iaitu perasaan tinggi diri yang mana timbul perasaan 'aku sahajalah yang layak kerana kebijaksanaanku'. Kita lihat, masing-masing mengaku dialah yang layak dengan membawa berbagai visi bagi mengubah kelompoknya. Situasi ini sehingga membawa kepada saranan diwujudkan satu slot "Debat Terbuka" di kalangan calon yang akan bertanding merebut jawatan. Inilah akibatnya apabila perjuangan bermatlamatkan kemewahan dan lupa tentang 'Hari Kebangkitan'.

Wujud rasa bangga diri atau disebut takabur kerana kejayaannya mengadakan atau membuat sesuatu perkara atau projek. Pendek kata, semua unsur mazmumah berada di sini.

Tegasnya, perjuangan yang berlandaskan syariat demi mendaulatkan agama Allah akan menjamin keharmonian hidup baik di dunia mahupun di akhirat. Perjuangan yang berlandaskan nafsu semata-mata akan membawa kepada kehancuran. Keterbukaan Tuan Guru Y.A.B MB Kelantan kepada semua kaum perlu diteladani. Saya masih ingat kata-kata tok guru semasa baru-baru memerintah Kelantan dahulu, lebih kurang begini; "Bercakap atau berceramah agama berlatar belakangkan masjid atau mimbar tidak sama dengan berceramah berlatar belakangkan negeri atau negara". hayatilah kata-kata Tuan Guru itu.

Monday, November 10, 2008

PEMUDA DUN DI PROGRAM BBQ KAMBING DPPKT DI PANTAI SRI 7


Sepatutnya Pemuda DUN
Pengkalan Kubor jadi tuan rumah,
disebabkan mereka xde......jadi....
Pemuda DUN Kelaboran ambil alih la....





Mula-mula bakar kambing, pah ikan,
pah sotong, ngelas sekali udang.....







Make panas-panas la baru sedap.....
Sid semangat molek...........







Mujur ada 2 3 ore ajk pemuda dun
hok mari awal............
boleh tolong-tolong zi.............






Ingat ko huje ore tok ramai......
Kambing 30 kg
Sotong 30 kg
Udang 30 kg
Ikan 10 kg
Bihun & Maggi Goreng
Habis belako...................

Saturday, November 8, 2008

KEJOHANAN FUTSAL MAHABBAH PIALA KP DPPKT 2008


Tarikh : 7 November 2008 (Jumaat)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan Futsal Kg Tal 7








Para pemain pasukan sedang bersiap sedia









Tok main lagi ni.......
letih doh eh.............







Pasukan target DUN Kelaboran










Semangat kesukanan







Mempertahankan kemenangan
demi untuk mencapai juara







Perlawanan akhir yang
sangat sengit antara
pasukan Kelaboran A vs Pasir Pekan B






Bergambar kenangan bersama YB

Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat (DPPKT) telah mengadakan satu kejohanan futsal mahabbah antara ajk pemuda-pemuda dun merangkumi Dun Kelaboran, Dun Wakaf Bharu, Dun Pasir Pekan dan Dun Pengkalan Kubor. Tujuan diadakan kejohanan ini adalah untuk mengeratkan hubungan ukhwah antara pemuda-pemuda dun.

YB Mohd Zaki Hj. Ibrahim selaku Ketua Pemuda Pas Negeri Kelantan dan YB Che Abdullah Mat Nawi, exco Kerajaan Kelantan juga turut hadir serta turut menyertai pasukan dun masing-masing.

Dalam kejohanan ini, sekali lagi pemuda Dun Kelaboran telah berjaya merebut piala pusingan Ketua Pemuda Pas Tumpat buat dua tahun berturut-turut. Tahniah diucapkan kepada pemuda Dun Kelaboran. Yang penting, para pemain semua telah menunjukkan ukhwah dan semangat kesukanan yang tinggi..

Tuesday, October 14, 2008

KONSEP KEPIMPINAN DALAM ISLAM


Oleh : Abdul Wahab b Hj Zakaria, UTM. KL.

Pendahuluan

Berkata Imam Al-Shafiee Rahimahullahutaala (Al Umm juz VII ms 04) bahawa telah berfirman Allah Taala yang bermaksud:
"Hai Daud! Sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan" (Surah Shaad ayat 26)

Firman Allah kepada nabi s a.w. mengenai ahli al-kitab
"Jika mereka orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta putusan) maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka, atau berpalinglah daripada mereka" sampai kepada "Dan jika kamu memutuskan perkara mereka maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil." (Surah Al-Maidah ayat 49)

Firman Allah lagi
"dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu menurut hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan . kamu dari sebahagian apa yang diturunkan Allah kepadamu"

Firman Allah Taala selanjutnya:
"Dan (menguruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil",

Berkata Imam Al-Shafiee Rahmatallah:
Sesungguhnya Allah telah memberitahu nabiNya s.a.w. untuk mewajibkan kepadanya, kepada orang-orang sebelumnya dan seluruh manusia bilamana memutuskan hukuman hendaklah dengan adil.

Makna "adil" ialah mengikut hukum yang diturunkan Allah. Allah telah berfirman kepada nabiNya s.a.w. ketika memerintahkan Baginda memutuskan hukuman di antara ahli al-Kitab dengan hukuman yang diturunkan oleh Allah dan meletakkan nabiNya s.a.w, daripada agama dan umatNya mengikut keterangan dari kitab Allah iaitu apa yang dikehendaki Allah dan mewajibkan taat kepadanya (nabi).

Firman Allah:
"Sesiapa yang taat kepada , Rasul sesungguhnya telah taat kepada Allah".
Firmannya lagi .
"Maka demi Tuhanmu (mereka pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan"
dan berfirman lagi:
"Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintahnya "takut".

Maka hendaklah diketahui bahawa yang hak itu ialah kitab Allah kemudian sunnah NabiNya s.a.w. Tidak boleh seseorang Mufti atau seorang hakim memberi fatwa atau menghukum sehingga masing-masing mengetahui kedua-duanya. Tidak boleh seseorang menyalahi kedua-duanya atau salah satu dari keduanya. Jika menyalahi keduanya seseorang itu telah menderhaka dan hukumnya ditolak. Jika tidak terdapat "nas-nas dari keduanya barulah ijtihad."

Keterangan Imam Al-Shafiee ai dalam bab kehakiman itu boleh dijadikan panduan selanjutnya di dalam membicarakan"konsep kepimpinan dalam Islam" selain daripada memerhatikan ayat-ayat dah hadith-hadith yang lain, dalam semua peringkat dan golongan pimpinan merangkumi ketua negara, menteri, ulama' penghulu, guru-guru, da'ai, pemi.mpin masyarakat, pertubuhan, rumahtangga dan lain-lain. Kerana sumber kepimpinan yang tertinggi ialah:-
1. Al-Quran,
2. Al-sunnah
3. Ijtihad dan perkara yang hendak disuburkan dari kepimpinan itu ialah keadilah Ilahi dan matlamatnya kesejahteraan di dunia dan di akhirat dengan mendapat keredhaan Allah.

Maksud sabda Rasulullah s.a.w. tiap-tiap kamu pengembala dan tiap pengembala bertanggungjawab terhadap apa yang digembala."


Mewujudkankan kepimpinan yang diredhai Allah

Mewujudkan kepimpinan yang seumpama itu dituntut oleh syara' berdasarkan kepada ijamaa'ulummah, di antara ayat-ayatnya

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan menyeru kepada yang maaruf dan mencegah dari yang munkar mereka itulah orang-orang yang beruntung" (A1-Imran 104).

Imam Al-Ghazali menerangkan bahawa perkataan "hendaklah ada di antara kamu" merupakan perintah , yang dzahirnya menunjukkan wajib, "mereka itulah orang yang beruntung" menunjukkan Fardhu tugas tersebut merupakan fardhu kifayah bukan fardhu a'in yaitu bilamana sebahagian umat melaksanakan terlepaslah kewajipan ke atas yang lain.

"Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang maaruf dan menegah yang mungkar. Mendirikan sembahyang ..." (Al-Taubah 71)

Imam A1-Ghazali menjelaskan: Bahawa orang-orang mukmin itu telah mensifatkan mereka itu menyuruh yang maaruf dan menegah yang mungkar. Bermakna seseorang yang lari dari tugas itu telah terkeluar dari sifat seseorang mukmin yang dinyatakan.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Wahai manusia Allah berfirman menyuruh kamu melakukan yang maaruf dan menegah dari yang mungkar, sebelum kamu berdoa di mana tidak dimakbulkan permohonan tersebut " (hadith riwayat Ahmad dan al-Baihaki)

Ditanya kepada Khudzaifah r.a. siapakah bangkai bernyawa. Jawab beliau: "ialah orang yang tidak mencegah kemungkaran baik dengan tangannya mahupun dengan lidah dan hatinya.


Pemimpin Islam menegak yang maaruf dan mencegah yang mungkar

Perkara yang maaruf merangkumi semua perkara yang dituntut dan yang diharuskan oleh syara' meliputi soal-soal akidah, syariah, akhlak dan kemanusiaan seluruhnya zahir dan batin.
Perkara yang "mungkar" ialah semua perkara yang bertentangan dengan akidah, dengan syariah, akhlak dan kemanusiaan seluruhnya zahir dan batin.

Selanjutnya Qadi Al Khudah Abdul Jabar bin Ahmad menjelaskan bahawa "yang maaruf" itu terbahagi kepada apa yang wajib dan kepada apa yang sunat. Menyuruh yang wajib adalah wajib , dan menyuruh yang sunat adalah sunat. Kerana keadaan perintah tidak akan menambahkan ; atas hal-perbuatan yang disuruh, pada-wajib. Adapun kemungkaran itu semuanya merupakan satu jenis sahaja di mana semua ianya wajib ditegah. Oleh itu pimpinan Islam dalam mana peringkat dan bahagian pun haruslah menjadi matlamat utamanya menegakkan kemaarufan dan mencegah kemunkaran di mana dan bila-bila masa sekalipun jika berbeza pada cara dan tindakan.


Pimpinan Islam mestilah digerakkan oleh iman dan amal soleh

Satu perjuangan yang diberi nama "perjuangan Islam" hanya dapat diakui bilamana perjuangan itu digerakkan oleh iman dan amal soleh oleh para pemimpinnya samada perjuangan itu dalam bentuk kebajikan, ekonomi, ilmu pengetahuan, politik, kemasyarakatan dan lain-lain. Kepimpinan yang digerakkan oleh kepentingan diri, warna kulit, kedudukan, kemewahan dan seumpamanya bukanlah merupakan perjuangan Islam sekalipun diberi nama yang berbentuk keislaman.
Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan di dalam sabdanya dalam peristiwa hijrah daripada Mekah ke Madinah siapa yang berhijrah kepada Allah dan rasulnya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan rasulnya. Siapa yang berhijrah kepada dunia atau wanita yang dicintai olehnya maka ia berhijrah kepada perkara yang menjadi tujuannya.

Maka hadith ini menjalankan bahawa suatu perjuangaan sekalipun sukar dan penuh sengsara seumpama berhijrah tadi. namun bilamana tidak digarapkan oleh iman dan amal soleh tidaklah memenuhi kehendak perjuangan dan kepimpinan yang sebenarnya menjadikan perjuangan itu tidak tercapai matlamatnya.


Kepimpinan yang berkesan dapat dilihat bila mana bertambah yang maaruf dan semakin berkurangan mungkar

Itulah tanda-tanda dan kesan-kesan yang menunjukkan sesuatu kejayaan dalam mana-mana kepimpinan pada mana-mana peringkat dan bahagian. Keseluruhan kesan-kesan tersebut hanya akan tercapai bilamana terlebih dahulu dapat dicapai pada bahagian-bahagian tertentu samada dalam bentuk peribadi atau jamaah. Umpamanya kesan sembahyang ialah meninggalkan kejahatan dan kemungkaran. Kesan puasa menimbulkan ketakwaan. Kesan tauhid menimbulkan kesabaran dan keberanian. Kesan jemaah merapatkan persaudaraan dan seterusnya. Di dalam keadaan kesan- kesan tersebut tidak dapat dirasakan oleh pemimpin, apatah lagi oleh yang dipimpin maka hendaklah masing-masing mengkoreksi dan merenungi dimanakah kecacatan yang ada dalam kepimpinan tersebut. Kerana yang maaruf akan menerbitkan yang maaruf dan yang mungkar menimbulkan yang munkar.
Ambillah contoh mendirikan rumahtangga berdasarkan kepada firman Allah:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaannya ialah dia menciptakan untukmu isteri, dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan di antaramu rasa kasih dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mahu berfikir." (Surah Al-Rum ayat 21).

Suami sebagai pemimpin rumahtangga haruslah memerhatikan samada tujuan perkahwinan itu telah berhasil dengan tercapai ketiga-tiga perkara tadi atau belum mengikut cara-cara yang dikehendaki oleh Islam. Jika belum berhasil tentulah ada kecacatan di dalam kepimpinan tersebut.

Contoh yang lain Allah berfirman maksudnya: "Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman (iaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya dan orang-orang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, Kecuali terhadap isteri- isteri mereka atau budak-budak yang mereka miliki maka sesungguhnya dalam hal itu tiada tercela. Maka barang siapa yang mencari yang dibalik itu mereka itulah orang yang melampaui batas, Dan orang-orang yang memelihara amanah, (yang dipikulnya) dan janjinya: Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang yang mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga firdaus, mereka kekal di dalamnya,' (surah al-Mu'minun ayat 1 - 11)

Contoh yang lain Allah berfirman: " Dan (hamba hamba yang baik dari Tuhan) yang Maha Penyayang itu (ialah) orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka (dengan kata- kata yang tidak sopan) mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandungi) keselamatan, Dan orang yang melalui malam hari denqan bersujud dan berdiri kerana Tuhan mereka. Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhanku! jauhkan azab jahanam dari kami (kerana) sesungguhnya azabnya itu ialah kebinasaan yang kekal." Sesungguhnya jahanam itu seburuk tempat menetap dan tempat kediaman.

Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta) mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak pula kikir, tetapi adalah (perbelanjaan) itu di tengah-tengah antara yang demikian. Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain berserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali yang hak dan tidak berzina. Barang siapa yang melakukan demikian itu nescaya dia mendapat pembalasan (dosanya). (Yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal di dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh, maka mereka itu, kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Dan orang yang bertaubat dan mengerjakan amal soleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya. Dan orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang) yang mengerjakan perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya. Dan orang-orang yang bilamana diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, meraka tidak menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.

Dan orang-orang yang berkata: `Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk mata (kami), dan jadikan kami pemuka bagi, (orany-orang yang bertakwa). Mereka itulah yang dibalas dengan martabat yang tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya."
(Surah al-Furqan ayat 63-75)

Contoh-contoh itu adalah kesan-kesan yang maaruf dari pimpinan iman yang seharusnya meresap ke dalam jiwa, rumahtangga, pertubuhan dan sebagainya yang ditanam oleh pemimpin-pemimpin yang berkaitan. Tanpa wujud kesan-kesan yang seumpama ini keseluruhan atau sebahagian darinya adalah menunjukkan kegagalan kepimpinan tersebut. Dari aspek itu, kejayaan kebendaan sahaja, sudah pasti tidak mencerminkan kejayaan sebenarnya menurut pandangan Islam dalam satu- satu pimpinan.


Syarat-syarat menjadi seorang pemimpin

Samada seorang itu menjadi amir, mufti, kadi (hakim) dikenal da'i atau seorang yang pada hari itu sebagai menteri, wakil rakyat, penghulu dan lain-lain lagi, ia haruslah tertakluk kepada syarat-syarat asas lainnya daripada syarat khas dan am yang berkaitan dengan tugas dan jawatan masing-masing boleh dikatakan syarat-syarat asas itu telah ijma' ulama' nengenainya. Diantaranya ialah:
1. Muslim,'akil baligh dan laki-laki
2. Adil, Ertinya ia tidak fasik seumpama tidak meninggalkan solat, beramal apa yang ia ketahui. Tidak menyalahi katanya akan perbuatannya. Tidak menyalahi akan kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w.

3. Berilmu Ertinya ia mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan fardhu ai'n dan fardhu kifayah sehingga dapat membezakan diantara yang maaruf dan yang mungkar. Mengetahui perkara-perkara'yang berkaitan dengan kepimpinan.

4. Mempunyai kudrat, kemampuan. Ertinya boleh bertindak bagi menyelesaikan sesuatu urusan samada menggunakan tenaga; perkataan, tulisan atau flkiran di dalam apa suasana pun.
5. Beradab mengikut akhlak Islam, Ertinya seseorang pemimpin haruslah mampu memberi contoh tauladan mengikut akhlak Islam kepada diri dan orang di bawah kepimpinannya. Selain itu di dalam dirinya mengandungi sifat ikhlas, jujur tidak angkuh, ria' dan sebagainya. Ringkasnya terkumpul di dalam dirinya sifat-sifat terpuji dan jauh dari sifat-sifat terkeji.

6. Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan.


Memahami Al-Quran dan Al-Sunnah

Ciri terpenting dalam perjuangan dan kepimpinan Islam bagi meluaskan sedikit huraian syarat ketiga di atas maka seorang pemimpin yang menamakan dirinya sebagai barisan pemimpin Islam, tahap yang paling minima haruslah ia mampu membaca ayat al-Quran dan petikan-petikan hadith serta memahami maksudnya. Lebih jauh dapat menghafal ayat-ayat dan hadith-hadith tersebut.

Lebih jauh lagi memahami (ilmu Al-Quran) dan ."Mustalihul Hadith". Membaca Siratul Rasul, sahabat-sahabat, salaful salihan,dan riwayat hidup ulama-ulama. Membaca dan mengenali kitab-kitab yang Muktabar di bidang Tauhid, Fikah, Tasauf, Tafsir, Hadith. Dapat memahami mana yang ijmak dan mana yang ikhtilaf, mana yang usul dan mana yang furu'. Berkaitan dengan ini sedapat mungkin haruslah seseorang pemimpin itu mengetahui bahasa arab, kerana kitab-kitab yang original yang berkaitan dengan perkara tersebut kebanyakannya ditulis di dalam bahasa Arab. Akibat daripada tidak memahami dan mengetahui hal-hal tersebut, kadang-kadang boleh menimbulkan berbagai-bagai kesan yang tidak baik dalam kepimpinan, hingga merebak kepada masyarakat yang lebih besar, yang boleh mencacatkan kesempurnaan Islam.

Kewajipan dan hak-hak pemimpin dalam negara Islam

Al-Farra' Rahimahallah menyebutkan beberapa kewajipan dan hak hak pemimpin di antaranya:
1. Menjaga agama mengikut usul-usul yang telah disepakati ulama-ulama
2. Memutuskan hukum ke atas dua pihak yang bertelingkah
3. Menjaga kesejahteraan umat
4. Melaksanakan hudud bagi menjaga berlakunya perkara yang diharamkan Allah
5. Mengawal kampung negeri dari dicerobohi musuh
6. Melakukan jihad ke atas penentang Islam selepas diajak kepada Islam samada masuk Islam
atau berlindung di bawah negara Islam.
7. Memungut cukai dan zakat seperti yang diwajibkan oleh syara'.
8. Membelanjakan harta baitulmal mengikut yang seperlunya tanpa membazir atau mengikat
dan membayar pada waktu yang ditetapkan.
9. Menyerahkan tanggungjawab kepada orang-orang yang amanah dan ikhlas bagi
melaksanakan tugas-tugas negara supaya segala kerja boleh dibuat dengan sempurna dan
harta terpelihara.
10. Melibatkan dirinya melihat keadaan umat dan keperluan mereka.

Jika sepuluh kewajipan ini dilaksanakan oleh pemimpin maka wajiblah bagi umat taat dan menyokong pemimpin tersebut.

Kepimpinan dalam rumahtangga

Kepimpinan di dalam Islam bermula daripada rumahtangga. Masyarakat yang sejahtera bermula daripada rumahtangga yang sejahtera. Kesejahteraan suami isteri hanya tercapai bilamana kehendak Islam itu terlaksana di dalam rumahtangga tersebut.
Di antara hak-hak suami yang harus ditaati oleh isteri ialah:
1. Mentaati suaminya bilamana diajak ke tempat tidur.
2. Tidak harus menunaikan puasa sunat kecuali dengan keizinan suami.
3. Tidak harus membelanjakan harta suami kecuali dengan izinnya.
4. Tidak harus keluar rumah kecuali dengan keizinan suami.
5. Hendaklah isteri beradab kepada suaminya di antaranya jangan mengumpat dan memaki
suaminya. Di antaranya jangan bermegah dengan kecantikannya kepada suaminya. Dan jika
suaminya hodoh jangan pula merendahkannya. Di antaranya sentiasa bertakwa dan'menjaga
diri di waktu ketiadaan suami di rumah dan melaksanakan tugas tumahtangga sebaik baiknya.
Di antara hak-hak isteri yang harus dilaksanakan oleh suami nya ialah:
1. Hendaklah suami menghormati isterinya dan hidup bersamanya dengan "maaruf" dan
"ehsan".
2. Hendaklah suami sentiasa berada di dalam keadaan yang mengembirakan isterinya.
3. Hendaklah suami sentiasa berlapang dada jika berlaku sesuatu perselisihan dengan isterinya.
4. Hendaklah suami menjadi ikutan yang baik kepada isteri dan keluarganya.
5. Melaksanakan tanggungjawab rumahtangga dengan sebaik baiknya.

Kepimpinan ibu bapa terhadap anak-anak

Hak anak-anak yang harus dihormati oleh ibu-bapa seperti yang diterangkan oleh Al-Imam Ghazali di dalam kitab "Ihya' ulu muddin" seketika lahirnya di antaranya ialah:
1. Janganlah seseorang itu terlalu bergembira mendapat anak lelaki dan merasa dukacita mendapat anak perempuan.
2. Setelah anak itu lahir hendaklah diazankan di telinga kanannya dan diqamatkan di telinga kirinya. Bilamana anak tersebut pandai bercakap sunat di ajarkan "La ilaha illallah".
3. Hendaklah diberi nama yang baik. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu akan dipanggil nama kamu dan nama bapa kamu pada hari kiamat. Sebab itu perelokkanlah nama-nama kamu". Sebab itu sesiapa yang mempunyai nama-nama yang tidak baik digalak menukarkannya kepada nama-nama yang baik.
4. Melakukan aqiqah pada hari ke tujuh kelahiran anak.
Hendaklah ibu-bapa memberi didikan yang baik kepada anak-anak mereka. Ajarlah mereka bersembahyang ketika berumur tujuh tahun. Pukullah secara mengajar jika mereka malas ketika berumur sepuluh tahun, marah dan berilah amaran jika mereka tidak menurut selepas itu. Tunjuklah kepada mereka contoh tauladan yang baik di dalam pergaulan sehari-hari, supaya mereka menjadi insan yang baik di masa hadapan.

Kewajapan ini tersimpul di dalam Firman Allah bermaksud "Selamatkanlah diri kamu dan kaum keluargamu dari api neraka."


Kepimpinan ketua terhadap orang-orang di bawahnya
Di antaranya:
1. Hendaklah memulakan "kebaikan" maaruf daripada dirinya sendiri.
2. Tidak bersikap angkuh dan sombong. Boleh jadi ada orang-orang lain yang lebih baik
daripadanya di bidang ilmu dan pimpinan.
3. Bersikap adil iaitu sentiasa meletakkan sesuatu di tempatnya.
4. Bersimpati dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh orang-orang di bawah jagaannya dan
menyelesaikannya dengan cara yang baik.
5. Dan bagi seseorang majikan hendaklah "membayar upah sebelum kering keringat pekerjanya."

Kepiminan ketua tentera
Seperti yang dipesankan oleh Saidina Abu Bakar r.a.
1. Bilamana kamu datang kepada perajurit kamu janjilah kepada mereka dengan kebaikan. Bila
kamu berjanji penuhilah janji tersebut.
2. Perbaikilah dirimu nescaya orang-orang di bawahmu menjadi baik:
3. Jika datang kepada kamu utusan musuh muliakanlah kedudukan mereka, janganlah mereka
itu terlalu dikawal biarlah mereka bebas sedang mereka tidak mengetahui rahsia
kedudukanmu.
4. Jangan biarkan orang lain bercakap dengan utusan musuhmu, kamu sendirilah yang bertutur
dengan mereka.
5. Jangan jadikan rahsiamu sama dengan perkara yang tidak rahsia nescaya gagal tugasmu.
6. Sekiranya kamu bermesyuarat selidiki lah berita nescaya berhasillah mesyuaratmu.
7. Sekiranya sampai sesuatu berita musuh kepadamu hendaklah kamu rahsiakan dahulu
sehingga kamu menyelidikinya. Jangan hebohkan berita tersebut kepada tenteramu.
Hendaklah bersiap sedia
8. Banyakkanlah pemeriksaan mengejut terhadap perajuritmu siang dan malam.
9. Berilah semangat bila bertemu dengan tenteramu. Janganlah kamu pengecut nescaya yang
lain akan menjadi pengecut:
Kepimpinan guru terhadap muridnya
seperti yang disebutkan oleh A1-Imam Ghazali
1. Kasihan dan bertimbangrasa terhadap muridnya supaya terselamat daripada malapetaka.
2. Memandu muridnya ke jalan yang diredhai syara'
3. Tidak membiarkan muridnya menerima sebarang nasihat yang tidak baik dari orang lain.
4. Mengingatkan dengan baik kepada muridnya mengenai bahaya akhlak yang tidak baik.
5. Mengingatkan muridnya jangan merendah-rendahkan ilmu yang lain yang tidak dipelajarinya.
6. Menyampaikan ilmu mengikut kadar kemampuan murid.
7. Kepada murid yang tercicir berilah kepadanya penjelasan yang sesuai sehingga jangan
menimbulkan kebosanan belajar kepadanya.
8. Hendaklah guru beramal dengan ilmunya. Jangan lain apa yang dibuat daripada apa yang
dikata.

Kesimpulan
Dari contoh yang ditunjukkan di atas dapatlah disimpulkan sebagas berikut:
1. "Konsep kepimpinan dalam Islam" merangkumi semua tingkatan hidup bermula daripada negara membawa kepada masyarakat, dan rumahtangga.
2. Kepimpinan di dalam Islam mengajak manusia kepada yang maaruf dan menegah yang mungkar.
3. Sumber kepimpinan Islam ialah Al-quran dan Al-Sunnah
4. Ajaran Islam hendaklah diresapkan bermula daripada ,individu seterusnya ke dalam keluarga seterusnya negara.
5. Kepimpinan Islam pada setiap masa dan tempat hendaklah memahami dan mengetahui dasar ajaran Islam dan mengamalkannya terlebih dahulu.
6. Makna kepimpinan melibatkan semua pihak daripada ketua negara yang memerintah membawa kepada menteri-menteri; ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai. kanan, ulama-ulama, guru-guru, suami-isteri, ketua pertubuhan, penghulu dan lain-lain.
7. Timbulnya krisis, keruntuhan masyarakat, rasuah, dadah, kezaliman, pengelapan harta benda, penipuan dan lain keburukan adalah disebabkan manusia lari dari pimpinan Ilahi lalu mengambil pimpinan selainnya.

Penutup
".........Ya Tuhan kami janganlah engkau hukum kami jika kami lupa. atau kami tersalah.Ya Tuhan' kami jangahlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya.Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkau penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. " (Maksud surah Al-Baqarah ayat 286.)


Wallahu a'lam

Tuesday, September 23, 2008

Ijtima' Aidulfitri MSK 2008


Tempat:
Dewan Besar Balai Islam

Tarikh:
3 Syawal 1429H @ 3 Oktober 2008 (Jumaat)

Masa:
8.00pagi - 12.00tgh

Sasaran:
1,000 orang tetamu jemputan
(Mahasiswa & Siswazah)

Anjuran:
Markaz Siswazah Kelantan (MSK)
Dengan Kerjasama
J/K Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO Negeri Kelantan.

VVIP:
Tuan Guru Menteri Besar Kelantan,
YAB TG Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

VIP:
Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan & Ngo Negeri Kelantan,
Exco Pendidikan & Dakwah Negeri Kelantan,
Senator Mumtaz Mat Nawi

Wednesday, September 3, 2008

Kembara Terawih

Alhamdulillah, semalam adalah malam pertama program Kembara Terawih anjuran Pemuda Pas Dun Kelaboran yang diadakan di Madrasah Ustaz Karim, Kampung Ana. Sebagaimana tahun lepas, Pemuda Dun akan mengadakan Kembara Terawih ke semua 15 peti undi yang ada dalam Dun Kelaboran.
Program ini juga turut dihadiri oleh YB Mohd Zaki Hj Ibrahim selaku Adun Kelaboran telah mengambil kesempatan untuk memberikan tazkirah ringkas kepada para jemaah tentang kelebihan dan kemuliaan bulan Ramadhan al-Mubarak yang perlu kita rebut ini. Beliau juga turut menyampaikan dua keping cek kifalah kepada dua wakil simati.

Solat terawih itu telah diimamkan oleh Ustaz Azhar selaku setiausaha Pemuda Dun yang telah membaca ayat-ayat al-Quran dari juzuk yang ketiga.

Sunday, August 31, 2008

Bajet 2009

Semalam YAB Perdana Menteri telah bentangkan Bajet 2009 di Parlimen. Semua komen dan pendapat yang diberikan sama ada oleh orang perseorangan, masyarakat, media dan sebagainya menyatakan bahawa bajet 2009 yang dibentangkan tersebut merupakan bajet yang prihatin terhadap rakyat.Walau bagaimanapun, disini saya bukanlah ingin mengulas sama ada Bajet 2009 tersebut benar-benar prihatin atau tidak. Tapi saya ingin menarik perhatian mengenai beberapa allocation yang dibuat dalam bajet tersebut.

Pertamanya sejumlah RM5.4 bilion telah diperuntukan bagi meningkatkan keupayaan PDRM. Elauan intensif khas juga telah dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 sebulan. Alangkah bagusnya sekiranya daripada jumlah tersebut digunakan oleh PDRM untuk meningkatkan integriti anggota polis serta meraihkan kembali kepercayaan masyarakat terhadap polis.

Akhir-akhir ini kepercayaan masyarakat terhadap PDRM semakin terhakis akibat terlalu banyak kejadian jenayah yang melibatkan anggota polis sendiri. Kejadian terbaru ialah kehilangan sejumlah besar dadah yang dirampas polis Johor daripada simpanan mereka. Penangkapan anggota polis yang turut terlibat dalam menyalah gunaan dadah serta jenayah-jenayah lain seperti rompakan dan rasuah.

Sepatutnya pihak kerajaan dan PDRM sendiri mengambil langkah yang drastik bagi memulihkan imej polis. Adakah kajian yang dibuat oleh Suruhan Diraja Penambahbaikan Polis telah diambil tindakannya atau hanya sekadar tinggal diatas kertas sahaja. PDRM sebagai sebuah badan peguatkuasa keamanan negara seharus dan sepatutnya menjaga keamanan dan membenteras jenayah turut terlibat dengan jenayah tersebut. Ia bukan sahaja melibatkan anggota berpangkat rendah malah pegawai atasan juga turut terlibat sama.Jadi, dengan peruntukan kewangan yang cukup besar itu diharapkan PDRM mampu meningkatkan integriti dan sekaligus mengembalikan kepercayaan masyarakat terhadap PDRM.

Keduanya peruntukan kerajaan kepada kakitangan kerajaan dalam bentuk bonus sebulan gaji atau sekurang-kurangnya RM1,000. Tahun lepas, kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji untuk semua kakitangan kerajaan. Namun begitu CEUPACS masih lagi mendesak kerajaan supaya menaikkan bayaran KOLA kepada RM500 sebulan bagi setiap kakitangan awam.

Jika diteliti, setiap kali pembentangan bajet oleh PM tentu ada habuannya untuk kakitangan awam sama ada dalam bentuk kenaikan gaji ataupun bonus. Tapi adakah pemberiaan kerajaan itu berbaloi dengan tahap servis atau kerja yang dilakukan oleh kakitangan awam? Sepatutnya kerajaan memberikan kenaikan kepada jabatan tertentu sahaja yang memenuhi dan menepati satu tahap kerja yang cemerlang sebagai menghargai usaha mereka dalam memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan.

Saya amat percaya sekiranya diadakan kaji selidik dikalangan masyarakat mengenai tahap kerja dan layanan yang diberikan oleh kakitangan awam terutamanya yang berurusan dengan masyarat sudah pasti ada yang merungut tidak berpuas hati. Kerja yang dibuat sambil lewa, tidak menepati masa, tidak menghormati pelanggan, tidak mesra dan sebagainya merupakan antara rungutan masyarakat.

Sepatutnya kakitangan awam perlu sedar bahawa mereka memikul amanah negara dalam memberikan khidmat. Pendapatan mereka adalah diambil daripada hasil yang dibayar masyarakat. Bagi saya, tiada gunanya kerajaan menuruti kehendak kesatuan sedangkan para kakitangan awam tidak pernah memenuhi satu tahap kerja yang benar-benar memuaskan.

Ingatlah, tidak saya halalkan walaupun satu sen yang dibayar daripada cukai yang saya bayar yang diberikan kepada kakitangan awam yang tidak memenuhi tanggungjawab mereka sebagaimana yang diamanahkan.

Dua perkara ini pihak kerajaan perlu memberikan perhatian yang amat teliti bagi menjamin pembangunan negara yang lebih telus baik, cemerlang, gemilang dan terbilang!!!

Saturday, August 30, 2008

SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum wm wb

Puasa jangan tak puasa.

Saya selaku Ketua Pemuda PAS DUN Kelaboran serta sahabat-sahabat AJk sekelian mengucapkan Selamat berpuasa kepada semua warga DUN tak kira dimana berada.
Juga peringatan kepada semua pemuda tentang program terawih kita di setiap peti undi sepanjang Ramdhan ini.

Sekian. Wasslam.

PASANG BANNER POSO YB







Wednesday, August 27, 2008

Saturday, August 23, 2008

WAKIL PEMUDA DUN KELABORAN DI MAJLIS WALIMATUL URUS

23 Ogos 2008

Rumah Hj Che Ya
Kg Baru Nelayan

Bergambar bersama tuan rumah

Bergambar bersama pengantin
rumah Abe Li Penghulu Mukim Kelaboran

Wednesday, August 20, 2008

Hakikat Sebuah Kemerdekaan

Setiap tahun apabila tibanya 31 Ogos, negara kita dan seluruh rakyatnya merai dan merayakan ulang tahun kemerdekaan negara. Segenap pelusok negara digegarkan dengan laungan’MERDEKA!’. Seluruh negara juga turut dihiasi dengan kibaran bendera ‘Jalur Gemilang’ sebagai tanda memperingati dengan penuh rasa syukur akan sebuah kemerdekaan.

Tidak kurang juga program-program yang dianjurkan kerajaan dan badan-badan tertentu bagi mengisi kemerdekaan. Pelbagai program sama ada berbentuk hiburan yang melalaikan mahupun berbentuk keagamaan bagi menjelaskan pengertian mengenai kemerdekaan. Majalah dan akhbar pula sibuk menyiarkan pendapat dan perasaan perseorangan tentang kemerdekaan.

Begitukah sebenarnya hakikat sebuah kemerdekaan? Berbaloikah dengan program sebegitu tatkala menyambut ulang tahun kemerdekaan setelah kita selusuri sejarah para pejuang kemerdekaan yang telah mempertaruhkan nyawa mereka demi sebuah kemerdekaan. Terbalaskah jasa mereka dengan meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara yang telah difatwakan sebagai bersalahan dengan hukum syara’ itu?

Namun, apakah sebenarnya kemerdekaan di sisi Islam? Ramai ulama telah memberikan penafsiran mengenai ‘Merdeka’. Yang saya rasa lebih menepatinya ialah “ Tahrir al-Ibad min ibadatil ibad ila ibadatillah.” Yang bermaksud: Merdeka ialah kebebasan seorang hamba (makhluk) daripada perhambaan sesama hamba (makhluk) kepada perhambaan terhadap Tuhan.

Apakah mencapai maksud ‘merdeka’ dengan mengadakan perhimpunan yang mempersembahkan hiburan melalaikan kepada rakyat yang terdiri dari pelbagai golongan tanpa mengira usia, bangsa dan agama? Adakah dengan laungan ‘Merdeka’ tatkala tepat jam 12.00 tengah malam membuatkan seseorang itu benar-benar merdeka? Pada mengikut hemat saya, dengan penganjuran begitu jelas menunjukkan bahawa kita masih belum benar-benar merdeka!

Merdekakah kita apabila golangan muda-mudi terkinja-kinja menari mengikut rentak irama muzik? Merdekakah bangsa kita tatkala para muda-mudi berpakaian aneka ragam yang sedikit pun tidak melambangkan ketuanan Melayu dan jauh sama sekali mengikut panduan Islam? Merdekakah kita apabila gelanggang perhimpunan yang melalaikan atas nama sambutan kemerdekaan lebih ramai daripada majlis doa selamat di masjid yang hanya tinggal imam, bilal dan siak sahaja?

Adakah kita merdeka sewaktu mendabik dada mengatakan bahawa Malaysia adalah negara Islam sedangkan sifat Islamnya terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan sifat mungkarnya? Kita selalu mengadakan forum kemerdekaan, tetapi adakah kita mengambil pengajaran dari intipati kupasan para panelis untuk diadaptasikan dalam negara kita?

Ahh..terlalu banyak persoalan yang memerlukan jawapan. Namun jawapan yang diperlukan bukanlah sekadar untuk melepaskan batuk ditangga ataupun jawapan seumpama memberikan gula-gula kepada anak-anak supaya mereka lekas berhenti menangis.

Khalifah Umar al-Khatab r.a dalam suratnya kepada gabenor Mesir, Amru ibn al-A’s ada memberikan peringatan berikut:-
“ Mengapakah engkau memperhambakan manusia padahal mereka dilahirkan oleh ibu-ibu mereka dalam keadaan merdeka?”

Menjadi hamba tidak semestinya dalam maksud literal sahaja. Namun keterikatan kepada sesuatu pemikiran atau ideologi yang menyesatkan juga adalah bentuk perhambaan atau penjajahan moden. Masyarakat kita yang mendakwa bahawa kita telah merdeka namun dari segi pemikirannya masih lagi terjajah oleh pemikiran barat yang menyesatkan. Kenapa perlu mengikut ideologi barat sedangkan tamadun barat sendiri sedang mengalami keruntuhan akibat ideologi tersebut.

Kenapa kita sebagai sebuah bangsa yang merdeka tidak berpegang dengan penuh keyakinan terhadap satu sabda Rasul junjungan yang bermaksud:-
“ Telah aku tinggalkan dua perkara dan kamu tidak akan tersesat buat selama-lamanya selagi mana kamu berpegang kepada kedua-duanya iaitu al-Quran dan Sunnah.”

Apa yang ada pada ideologi ciptaan manusia itu jika dibandingkan dengan sebuah ajaran yang ditunjukkan Tuhan? Siapakah sebenarnya yang menjadi penentu bagi baik dan buruk kehidupan manusia jika bukan Tuhan? Sekiranya kita benar-benar beriman dengan tauhid uluhiyyah dan rububiyyah, tiada sebab mengapa kita perlu mencari ideologi lain dalam kehidupan selain dari al-Quran dan Sunnah.

Allah Taala telah berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 44 yang bermaksud:-
“ Tidakkah engkau memerhatikan (wahai Muhammad) orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab, mereka memilih kesesatan (dengan meninggalkan petunjuk Tuhan), dan mereka pula berkehendak kamu juga sesat jalan.”

Ironinya apabila ada pihak-pihak yang mencadangkan cara sambutan yang lebih Islamik, mereka tidak menghiraukan pandangan tersebut padahal ianya lebih baik dan berlandaskan ajaran Islam. Apa salahnya kita mengandakan sambutan ulang tahun kemerdekaan dengan majlis bacaan yasin, solat hajat, doa selamat dan sebagainya yang dibenarkan Islam. Majlis sebegitulah yang patut diadakan oleh negara kita yang dikatakan sebuah negara Islam!

Saya bukanlah hendak membincangkan sama ada negara kita ini sebagai sebuah negara Islam atau tidak. Yang pentingnya, oleh kerana kita mendakwa bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam maka penuhilah segala tuntutan dan prinsip-prinsip sebagai sebuah negara Islam.

Manakala dalam surah al-Ahzab ayat 36 pula Allah Taala telah berfirman yang bermaksud:-
“ Dan tidaklah harus bagi orang-orang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara, (tidak harus bagi mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.”

Maksud firman diatas sangat jelas kepada kita sebagai panduan dan kayu pengukur dimanakah kita berada. Adakah kita berada bersama golongan orang yang beriman atau bersama orang yang sesat. Prinsipnya mudah, petunjuk telah diberikan Allah Taala dengan perantaraan rasul. Jadi sesiapa yang memilih jalan lain selain dari petunjuk tersebut maka sesungguhnya mereka adalah golongan yang sesat.

Kerajaan dan masyarakat amat perlu memahami makna sebenar maksud kemerdekaan agar ianya seiring dengan permikiran dan gerak kerja kita. Sekiranya kita benar-benar merdeka, maka bebaskanlah diri kita daripada sebarang penjajahan dan perhambaan terutamanya penjajahan fikiran dan perhambaan minda yang tidak selari dengan Islam.

Sebagai penutup, saya petik wasiat Imam Ali ibn Abi Talib k.r.w kepada anaknya:-
“ Janganlah kamu menjadi hamba orang lain sedangkan Allah telah menjadikan kamu sebagai merdeka.”

Wasallahu a’laihi wasallam, walhamdulillahi rabiil a’lamin

Sumber rujukan:

al- Asqalani, al-Hafiz ibn Hajar, Bulughul Maram. Darul Nu’man, Kuala Lumpur. 2003.

al- Qardhawi, Dr. Yusuf, Malamih al-Mujtama’ al-Muslim allazi nansyuduhu. Penerbitan Seribu Dinar. 2000.

as-Suyuti, Imam Jalaluddin, Lubaabu an-Nuquul fii Asbaabin Nuzul. Victory Agencie, Kuala Lumpur. 2000

Tuesday, August 19, 2008

AHLI JAWATANKUASA PEMUDA DUN KELABORAN SESI 2007/2009

KETUA PEMUDA
Mohd Ab Rashid Bin Yah

TIMBALAN KETUA
Mat Razali Bin Ismail

BENDAHARI
Ab Hamid Bin Jusoh

SETIAUSAHA
Azhar Bin Ibrahim

Salim Bin Mohammad

Mansur Bin Mohd Rashid

Wan Khairul Anwar

Mohd Zaidi Bin Ab Rahman

Mamat Asri Bin Ibrahim

Izwan Faizal Azli Bin Mohamad

Kamaruzzaman Bin Makhtar

Ismail Bin Mohammad

Roslan Bin Yaakob

Syaiful Bin Shahimi

Mohd Yusoff Bin Mustafa