18/09/2009 (Jumaat) jam 10.00 malam, Majlis Tindakan Dun (MTD Kelaboran telah mengadakan satu majlis perjumpaan hari raya dan amanat YB yang disampaikan oleh YB Mohd Zaki Haji Ibrahim di Pejabat Pas Kawasan Tumpat. Majlis ini diadakan sempena meraikan semua jentera parti peringkat dun dengan menyampaikan sedikit sumbangan hari raya.
Dalam amanat yang disampaikan oleh YB Mohd Zaki telah menyentuh ukhwah dikalangan para jentera kerana ia merupakan antara rukun-rukun yang perlu difahami serta dikhatamkan oleh para pejuang Islam.
Para jentera hendaklah melaksanakan gerak kerja parti dengan penuh tanggungjawab Islamiyyah dan bukannya atas dasar semangat semata-mata. Pihak MTD akan melaksanakan sistem usrah yang sistematik dikalangan para jentera dun agar semua pejuang betul-betul memahami akidah perjuangan. Masih ramai dikalangan pimpinan yang masih belum memahami dengan jelas mengenai perjuangan parti.