Saturday, January 8, 2011

Bantuan Banjir


Pada 08/01/2011 (Sabtu), YB Mohd Zaki Hj Ibrahim (Adun Kelaboran) dengan kerjasama Jentera Bilik Gerakan Banjir Pemuda Pas Dun Kelaboran telah mengadakan satu operasi penyampaian bantuan banjir kepada mangsa-mangsa banjir di Dun Kelaboran yang melibatkan penduduk Kg. Ana, Tok Oh dan Cherang Melintang.

Dua buah pick-up dan sebuah lori yang penuh dengan muatan barang keperluan dapur digerakkan ke kawasan yang dilanda banjir bermula pukul 3:00 petang. Kawasan-kawasan tersebut dinaiki air separas pinggang menyebabkan ada beberapa penduduk yang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir.

Bantuan tersebut diagihkan dengan kerjasama penghulu mukim serta ajk kampong yang berkaitan. Perahu disediakan untuk mengangkut barang-barang bantuan manakala para pembantu hanya meranduk air banjir separas pinggang.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya YB, Pengarah Jentera Banjir dan semua ajk jentera yang terlibat dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir.  

Thursday, September 2, 2010

Kembara Singgah Berbuka Dun Kelaboran



Pada 02/09/2010 (Khamis) Pemuda Pas Dun Kelaboran dengan kerjasama Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat (DPPKT) telah mengadakan program Kembara Singgah Berbuka di destinasi terakhir bertempat di Kg. Besut dan Kg. Pok Joh dalam Dun Kelaboran.

Seramai 20 buah rumah telah terpilih untuk menerima sumbangan berupa barangan dapur dan zakat. Program yang bermula pada pukul 5:30 petang itu juga turut mendapat kerjasama daripada penghulu serta ajk Pas cawangan tersebut.

Para penerima sumbangan tersebut terdiri daripada orang miskin, ibu tunggal dan orang sakit. Alhamdulillah, program tersebut Berjaya dilaksanakan dengan kerjasama semua. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.




Saturday, May 29, 2010

Kembara amal di Dun Kelaboran


Hari ini (28/05/2010 Jumaat) Lajnah Kebajikan, Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat (DPPKT) dengan kerjasama Pemuda Dun Kelaboran serta YB Adun Kelaboran telah mengadakan siri Kembara Amal ke Kg. Dalam Rhu, Tumpat.

Ini adalah kembara amal DPPKT yang kedua selepas Dun Pengkalan Kubor baru-baru ini. Tujuan kembara amal ini diadakan adalah untuk menyampaikan sedikit sumbangan kepada masyarakat bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mereka yang tidak berkemampuan.

Selain daripada barangan keperluan dapur yang disumbangkan oleh DPPKT, YB Adun Kelaboran juga turut menyampaikan sumbangan peribadi beliau kepada penerima-penerima yang terpilih.

Program sebegini boleh merakyatkan pemuda dengan masyarakat serta dapat melihat sendiri masalah-masalah yang dialami rakyat. Sekurang-kurangnya akan ada usaha yang diambil untuk meringankan beban masyarakat yang tidak bernasib baik.   

Kembara amal seterusnya dijangkakan ke Dun Pasir Pekan pada bulan Jun nanti.

Saturday, May 22, 2010

Belia Cakno Masyarakat Dun Kelaboran


Pada 21 & 22 Mei 2010 (Jumaat & Sabtu) Pemuda Dun Kelaboran telah menganjurkan satu program ‘Belia Cakno Masyarakat’ yang berpusat di Masjid at-Tawwabeen, Kampung Tanjung Kuala, Tumpat.

Program Belia Cakna Masyarakat ini terbuka kepada 150 orang peserta termasuk urusetia terdiri dari kalangan belia yang dipilih daripada beberapa buah kampung. Ia merupakan satu program yang amat baik kerana memberi pengalaman berguna sama ada kepada urusetia mahupun peserta di samping membantu anggota masyarakat yang memerlukan pertolongan. Ia juga akan menjadi bekal berguna kepada mereka pada masa hadapan selaku pelapis dan pewaris kepimpinan sedia ada.
 
Program Belia Cakna Masyarakat ini dilaksanakan bagi menerapkan budaya ukhuwwah Islamiyyah dan saling membantu sesama anggota masyarakat. Matlamatnya juga ialah untuk membiasakan belia dengan gaya hidup sihat dan memelihara diri daripada melakukan perkara-perkara yang menyalahi agama.

Antara program-program kemasyarakatan yang dijalan semasa program tersebut berlangsung ialah gotong-royong bersih kubur dan membaiki rumah orang miskin, ziarah dan menyambpaikan sumbangan berupa barangan dapur kepada orang yang layak dan akhir sekali ialah jamuan rakyat.

Walaupun masih banyak kekurangan dan kelemahan sepanjang penganjuran program ini, saya rasa puas hati kerana dapat menjayakannya dengan bantuan para sahabat ajk Pemuda Dun Kelaboran yang telah bertungkus-lumus memberikan kerjasama terbaik mereka.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya tujukan kepada YB Mohd Zaki Hj. Ibrahim (Adun Kelaboran), YB Dato’ Haji Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat), semua ajk Pemuda Dun Kelaboran yang terlibat, para penghulu, peserta Ladang Rakyat serta semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak. Hanya Allah s.w.t sahaja yang layak membalas jasa kalian.

Sunday, May 2, 2010

Cakno Keluarga Dun Kelaboran


Pada 01/05/2010 (Sabtu) Dun Kelaboran telah mengadakan program Cakno Keluarga bertempat di Kg. Ana, Chabang Empat Tumpat. Program ini telah mendapat kerjasama dari semua pihak termasuklah Pemuda Dun, Muslimat Dun, MTD, Nisa’ dan penghulu.

Pengarah program, Mohd Azizi Alias yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda Dun Kelaboran telah mengatur program dan pengisian dengan berkesan yang melibatkan penyertaan dari pelbagai peringkat umur bermula dari kanak-kanak, remaja, belia, pemuda dan veteran.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Adun Kelaboran, YB Mohd Zaki Hj Ibrahim. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa Kerajaan Kelantan sentiasa memberikan bantuan kepada rakyat dengan kadar kemampuan yang ada.

Dikesempatan tersebut, YB telah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA/ IPTS seramai 120 orang, penerima input pertanian serta penerima caruman kifalah.  

Pelbagai acara dan pertandingan telah diadakan antaranya pertandingan silat cantik, pertandingan gasing pangkah, pertandingan kukur kelapa, pertandingan gubahan dan sebagainya.

Sunday, March 28, 2010

Kejohanan Badminton Pemuda Dun


Pada 26/03/2010 (Jumaat) Pemuda Dun Kelaboran telah mengadakan kejohanan badminton tertutup pemuda yang hanya disertai oleh semua ajk pemuda dun. YB Adun Kelaboran, Mohd Zaki Hj Ibrahim juga turut serta beraksi dalam kejohanan ini. Tujuan utama kejohanan seperti ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi ukhwah dikalangan ajk pemuda dun.

Kejohanan ini telah diadakan di Dewan Boustead, Tumpat bermula pukul 8.30 malam sehingga pukul 1.30 pagi. Para ajk telah menunjukkan bakat yang terpendam dalam arena badminton walaupun boleh dikatakan semuanya mengalami sakit urat dan kekejangan kerana tidak pernah terlibat dalam permainan badminton.

Kejohanan ini telah dijuarai oleh saudara Ismail Mohamad selaku pengarah program bersama rakan pasukannya Azizol.