Sunday, May 2, 2010

Cakno Keluarga Dun Kelaboran


Pada 01/05/2010 (Sabtu) Dun Kelaboran telah mengadakan program Cakno Keluarga bertempat di Kg. Ana, Chabang Empat Tumpat. Program ini telah mendapat kerjasama dari semua pihak termasuklah Pemuda Dun, Muslimat Dun, MTD, Nisa’ dan penghulu.

Pengarah program, Mohd Azizi Alias yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda Dun Kelaboran telah mengatur program dan pengisian dengan berkesan yang melibatkan penyertaan dari pelbagai peringkat umur bermula dari kanak-kanak, remaja, belia, pemuda dan veteran.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Adun Kelaboran, YB Mohd Zaki Hj Ibrahim. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa Kerajaan Kelantan sentiasa memberikan bantuan kepada rakyat dengan kadar kemampuan yang ada.

Dikesempatan tersebut, YB telah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA/ IPTS seramai 120 orang, penerima input pertanian serta penerima caruman kifalah.  

Pelbagai acara dan pertandingan telah diadakan antaranya pertandingan silat cantik, pertandingan gasing pangkah, pertandingan kukur kelapa, pertandingan gubahan dan sebagainya.

No comments: