Monday, August 18, 2008

KURSUS KEPIMPINAN DUN KELABORAN 2008

Pada 18/07/2008, Pemuda Dun Kelaboran telah mengadakan satu Kursus Kepimpinan Peringkat Dun Kelaboran 2008 bertempat di Sudara Beach Resort. Kursus tersebut dihadiri oleh ajk Majlis Tindakan Dun (MTD), Pemuda Dun, Penghulu dan ketua cawangan.

YB Mohd Zaki Hj Ibrahim selaku Adun Kelaboran merangkap Timbalan Speaker Kerajaan Negeri Kelantan dalam ucapan perasmian kursus telah menyebut:
Program ini memberikan kita peluang bertukar fikiran sesama kita. Mewujudkan wahdatul fikr (Kesatuan Pemikiran) antara kita serta memudahkan gerak kerja yang akan menghasilkan wahdatul a'mal (kesatuan kerja) yang dapat diperolehi daripada program ini.

Pengalaman-pengalaman sahabat-sahabat yang lama dalam politik dapat kita gabungjalinkan boleh memperkukuhkan parti kita. Sebagai hardcore parti yang akan menentukan pergerakan parti di dun kita, jika kita bermasalah maka akan menyebabkan orang bawahan kita juga bermasaalah.

Kita janganlah menghiraukan apa-apa tuduhan yang dilemparkan kepada kita. Cuma kita boleh mengambil pengajaran daripada tuduhan tersebut supaya kita tidak menjadi sebagaimana tuduhan yang dibuat terhadap kita tersebut.

Sebagai pemimpin, kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah s.w
.t nanti. Kita telah diamanahkan oleh rakyat untuk mentadbir negeri. Tanggungjawab kita berbeza dengan sebelum era tahun 1990 iaitu sebelum kita memerintah negeri. Namun sekarang, tanggungjawab kita adalah lebih besar lagi setelah kita dapat memerintah negeri. Kita perlu menyelesaikan semua masalah yang timbul dan jangan hanya melepaskan bebanan tersebut kepada penghulu atau pejabat dun sahaja.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan akan diagihkan kepada rakyat. Penghulu dan ketua cawangan adalah orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan pengagihan tersebut. Setiap kelulusan memerlukan pemantauan dan pemerhatian supaya ianya diperolehi oleh orang yang benar-benar layak.

Walau banyak masalah yang dikemukakan oleh rakyat, kita mestilah bersabar dan ingatlah kepada Allah. Mudah-mudahan dengan kesabaran kita akan memudahkan lagi kita untuk membantu rakyat serta memperkuatkan lagi parti dan kerajaan kita.


Kertas kerja I bertajuk Pemimpin Dan Kepimpinan Efektif Dalam Menghadapi Perubahan Dan Peralihan Masa telah dibentangkan oleh En. Azman Ibrahim.





Kertas kerja II bertajuk Peranan Pimpinan Pas Cawangan Dalam Menggerakkan Parti dibentang oleh Timbalan Pengarah I MTD, En. Mohd Adanan Hj Hassan. Antara intisari kertas kerja tersebut ialah pimpinan Pas perlulah menjadi contoh dan tauladan kepada ahli dan masyarakat.




Kertas kerja III bertajuk Faktor-Faktor Berlaku Keciciran Dalam Gerakan Islamiyyah dibentangkan oleh Timbalan Pengarah III MTD, Ust. Abdul Aziz Yusoff. Beliau memetik buku yang ditulis oleh Fathi Yakan.


Dalam kesimpulan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Dun selaku pengarah program, ada tiga perkara yang telah menjadi asas utama disebut oleh ketiga-tiga pembentang kertas kerja. Pertamanya, setiap pimpinan perlu menjadi contoh dan tauladan kepada orang lain. Kedua, setiap pimpinan perlu mendalami ilmu agama.Ketiga perlu ada wahdatul fikr dan wahdatul amal dikalangan para pimpinan.

No comments: