Wednesday, July 1, 2009

TOK GURU NIK AZIZ ADALAH WALI, ULAMAK & AHLI POLITIK

Ku mulakan kalam ini dengan kalimah Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw dan ke atas sahabat-sahabat serta keluarga baginda.

Pertama-tamanya, marilah kita semua memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah Taala kerana masih lagi memberi nikmat kepada kita semua untuk kita meneruskan sisa baki kehidupan di dunia yang fana' ini dalam rangka kita sama-sama mencari keredhaanNya, mudah-mudahan semua amal kerja yang kita buat akan diterima oleh Allah Taala.

Tujuan artikel ini dikeluarkan adalah bagi menyangkal dakwaan banyak pihak terutama MSO yang masih tidak yakin dengan keperibadian Tok Guru Dato' MB Kelantan. Kenyataan yang dihuraikan oleh MSO melambangkan beliau yang beragama Islam serta seorang tokoh penulis yang terkenal dalam edisi pengkritikan tidak tahu menilai yang mana kaca yang mana intan. Sepatutnya seorang penulis seperti MSO, adalah berpengalaman luas dalam penulisan, pembacaan serta pengkajian sebelum membuat sesuatu kenyataan atau artikel.

"MSO(Mohd Sayuti Omar) mula membuka bicara tentang betapa sedihnya beliau apabila melihat semakin ramai orang mencerca Mursyidul Am Pas Tuan Guru Nik Aziz di dalam artikelnya yang dikeluarkan oleh Detikdaily. Beliau mahu Tuan Guru Nik Aziz dilihat di dalam dua dimensi iaitu sebagai seorang Ulamak dan satu lagi sebagai seorang ahli politik. Apabila Tuan Guru cuba untuk melaksanakan kedua-duanya (Ulamak dan pemimpin politik) maka MSO mengandaikan ini penyebab kepada kekecamukan".

[Saya mendakwa, MSO kena banyak membaca sirah Rasulullah saw dalam perkara di atas kerana Rasulullah dahulu bukan setakat dicerca, dimaki, dihamun dan sebagainya, malah Rasulullah pernah dibaling dengan batu sehingga mendapat luka-luka dibadan serta Rasulullah pernah dilemparkan dengan najis unta ketika Rasulullah sedang solat. Apakah dalil ini masih menyangkal pemikiran MSO dalam mengenal seseorang].

Cuba kita kenang kembali sirah Rasulullah saw. Rasulullah bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul, tetapi Rasulullah adalah seorang Perdana Menteri(ahli politik) serta panglima perang.

Kita jangan jadi seorang yang bodoh sejarah Islam, kalau kita seorang penalis. Jangan jadikan alasan-alasan yang bodoh kita atau kerana naluri kita tidak memihak kepada kebenaran kenyataan sejarah lampau, sanggup kita mengeluarkan artikel yang bodoh dan mencetuskan kemarahan sesetangah pihak. Dek kerana kebodohan dan kejahilan kita, menyebabkan susah semua orang.

MSO pun saya rasa kena masuk pondok juga sekali dengan Pemuda UMNO-BN untuk mendalami semua ilmu agama supaya penulisan, artikel serta kenyataan menjadi lebih mantap lagi.

No comments: