Saturday, November 7, 2009

Ihtifal Pasti Dun Kelaboran 2009



Semalam (07/11/2009) Pemuda Pas Dun Kelaboran telah mengadakan Ihtifal Pasti peringkat Dun Kelaboran bertempat di Pantai Sri Tujuh, Tumpat. Penyelia Pasti Dun Kelaboran, Saudara Irwan Faizal telah dibantu oleh Pengarah Ihtifal, Saudara Mansur dengan bantuan urusetia program telah berjaya mengadakan ihtifal tahunan.


Dun Kelaboran mempunyai 9 buah Pasti dan kesemuanya telah mengambil bahagian dalam ihtifal ini. Ihtifal ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian acara padang dan bahagian acara pentas. Acara padang terdiri dari acara berebut kerusi, isi air dalam botol, bawa bola pingpong dalam sudu dan memakai uniform. Manakala acara pentas pula terdiri daripada bacaan sajak, persembahan nasyid, acara membaca jawi dan rumi serta bacaan doa-doa oleh para pelajar Pasti.

Perasmian majlis Ihtifal Pasti ini telah disempurnakan oleh Ustaz Abdul Aziz Yusuf, Timbalan Pengarah II Majlis Tindakan Dun (MTD) Kelaboran sebagai menggantikan YB Mohd Zaki Hj Ibrahim kerana beliau menghadiri Seminar Khas di Taman Melewar.

Program kali ini mendapat kerjasama penuh dari semua ajk Pemuda Dun serta guru-guru Pasti dalam Dun Kelaboran. Tahniah diucapkan kepada semua urusetia yang terlibat dalam menjayakan Ihtifal Pasti kali ini terutamanya Penyelia Pasti, Saudara Irwan Faizal dan Pengarah Ihtifal, Saudara Mansur.








  

No comments: