Showing posts with label AKTIVITI KEBAJIKAN. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI KEBAJIKAN. Show all posts

Thursday, September 2, 2010

Kembara Singgah Berbuka Dun Kelaboran



Pada 02/09/2010 (Khamis) Pemuda Pas Dun Kelaboran dengan kerjasama Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat (DPPKT) telah mengadakan program Kembara Singgah Berbuka di destinasi terakhir bertempat di Kg. Besut dan Kg. Pok Joh dalam Dun Kelaboran.

Seramai 20 buah rumah telah terpilih untuk menerima sumbangan berupa barangan dapur dan zakat. Program yang bermula pada pukul 5:30 petang itu juga turut mendapat kerjasama daripada penghulu serta ajk Pas cawangan tersebut.

Para penerima sumbangan tersebut terdiri daripada orang miskin, ibu tunggal dan orang sakit. Alhamdulillah, program tersebut Berjaya dilaksanakan dengan kerjasama semua. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.




Sunday, March 28, 2010

Ziarah Pemuda


Pada 27/03/2010 (Sabtu), Pemuda Dun Kelaboran bersama YB Mohd Zaki Hj Ibrahim selaku adun Kelaboran telah mengadakan program ziarah sebagai salah satu program kebajikan. Kami telah melawat keluarga saudara Zaidi Abd. Rahman salah seorang ajk pemuda dun Kelaboran yang baru sahaja mendapat cahaya mata yang baru bernama Ahmad Hanbali. Doa selamat turut dibacakan oleh Ustaz Azhar Ibrahim, selaku setiausaha Pemuda Dun Kelaboran.

Selepas itu kami meneruskan program ziarah ke rumah ketua cawangan Pengkalan Nangka untuk melawat anak lelaki beliau yang telah terlibat dalam kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke sekolah. Anak beliau telah mengalami patah ibu jari serta kecederaan teruk dibahagian mulut. Pemuda Dun turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada beliau sebagai tanda simpati kami.

Seterusnya destinasi kami terakhir ialah Kampung Berangan Masjid untuk menziarahi seorang pemuda yang lumpuh kerana otaknya telah diserang kuman. Namun begitu kami tidak bernasib baik kerana pemuda tersebut telah dibawa abangnya untuk berubat di Thailand. Kami tetap mengambil kesempatan untuk menyampaikan sedikit sumbangan kepada isterinya.


Saturday, October 31, 2009

Pesta Bola 9 Sebelah Dun Kelaboran

Hari ini, Pemuda Dun Kelaboran telah mengadakan pesta bola sepak 9 sebelah yang diadakan bermula 30/10/2009 hingga 31/10/2009. Sebanyak 12 pasukan telah mengambil bahagian dalam pesta bola kali ini.


Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan ukhwah antara para pemuda yang menyertai pesta bola ini melalui medium sukan. Islam sendiri tidak pernah melarang umatnya bersukan, cuma beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Perlawanan ini berakhir dengan jayanya tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Johan disandang oleh pasukan Kg. Baru Nelayan, tempat kedua Kg. besut dan tempat ketiga bersama diduduki oleh pasukan dari Kg. Padang Tembesu dan Kg. Dalam Rhu. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pemuda Dun Kelaboran bagi pihak YB Mohd Zaki Hj Ibrahim, Adun Kelaboran yang tidak dapat hadir.

Monday, August 18, 2008

BANJIR "DUN KELABORAN" 2007

Terlebih dahulu Pemuda PAS DUN Kelaboran ingin memohon kemaafan terutamanya kepada YB ADUN serta peminat-peminat blog kerana kelewatan dalam prosessing program atau aktiviti yang dilakukan oleh YB ADUN sendiri mahupun Pemuda PAS DUN Kelaboran.

Namun apa yang dapat dipamerkan mudah-mudahan dapat dikongsikan dengan saudara - saudara sekelian.

YB Mohd Zaki Ibrahim merupakan
Wakil Rakyat yang sentiasa bersiap sedia
dalam apa jua rintangan mendatang demi menjaga
kebajikan rakyat.


Meringankan beban rakyat
di Mukim Cherang Melintang.


Persiapan bekalan beras dan
seumpama untuk mangsa banjir


Penat jerih yang dialami tidak dirasai,
asalkan rakyat dapat dibantu seadanya.