Sunday, February 7, 2010
Tazkirah Buat Duat
Sunday, July 19, 2009
KELEBIHAN BULAN REJAB
* Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
* Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1428/Isra Mi'raj (Sabtu, 11 Ogos 2007) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
* Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
* Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (16,17,18 Julai 2007) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat
* Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dikabulkan Allah swt
* Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan delapan pintu syurga
* Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari
puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari
madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau dibulan Rejab ini."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu
Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt.
Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?"
Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang disiksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."
Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab niscaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur."
Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari siksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan sholat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan sholat malam satu tahun."
Sabda beliau lagi "Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban Adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku." "Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka."
Saturday, November 15, 2008
VIRUS YANG TERLEBIH BAHAYA DARI VIRUS YANG BAHAYA
Umum mengetahui, ketiga-tiga penyakit ini sememangnya membawa virus yang berbahaya. Rata-rata manusia apabila dihinggapi virus ini akan 'koma' yang berpanjangan (lupa diri). Perasaan hasad dengki akan mengundang bahana yang besar. Apa tidaknya, perasaan cemburu, dengki, khianat yang bersarang di hati tidak akan senang apabila melihat orang lain senang, mewah, gembira, berjaya dan sebagainya. Perasaan yang bersarang di dalam hati seseorang insan yang berkedudukan rendah sehinggalah ke kedudukan yang tertinggi dalam masyarakat ini akan memakan sifat-sifat mahmudah. Virus inilah yang menyebabkan berlakunya penyakit sosial seperti samun, rogol,bunuh,curi,ragut,rompak dan sebagainya. Bahkan fenomena ini juga dapat dilihat dari perbezaan fahaman politik yang membawa kepada sekat projek dan sekat peruntukan dengan pelbagai cara. Bagi yang di dalam wadah yang sama pula, wujud perasaan hasad dengki kerana merebut jawatan demi kemewahan hidup maka berlakulah fenomena baling membaling, kata-mengata dan seumpamanya lagi.
Begitu juga dengan virus 'ujud, iaitu perasaan tinggi diri yang mana timbul perasaan 'aku sahajalah yang layak kerana kebijaksanaanku'. Kita lihat, masing-masing mengaku dialah yang layak dengan membawa berbagai visi bagi mengubah kelompoknya. Situasi ini sehingga membawa kepada saranan diwujudkan satu slot "Debat Terbuka" di kalangan calon yang akan bertanding merebut jawatan. Inilah akibatnya apabila perjuangan bermatlamatkan kemewahan dan lupa tentang 'Hari Kebangkitan'.
Wujud rasa bangga diri atau disebut takabur kerana kejayaannya mengadakan atau membuat sesuatu perkara atau projek. Pendek kata, semua unsur mazmumah berada di sini.
Tegasnya, perjuangan yang berlandaskan syariat demi mendaulatkan agama Allah akan menjamin keharmonian hidup baik di dunia mahupun di akhirat. Perjuangan yang berlandaskan nafsu semata-mata akan membawa kepada kehancuran. Keterbukaan Tuan Guru Y.A.B MB Kelantan kepada semua kaum perlu diteladani. Saya masih ingat kata-kata tok guru semasa baru-baru memerintah Kelantan dahulu, lebih kurang begini; "Bercakap atau berceramah agama berlatar belakangkan masjid atau mimbar tidak sama dengan berceramah berlatar belakangkan negeri atau negara". hayatilah kata-kata Tuan Guru itu.
Tuesday, October 14, 2008
KONSEP KEPIMPINAN DALAM ISLAM

"Hai Daud! Sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan" (Surah Shaad ayat 26)
Firman Allah kepada nabi s a.w. mengenai ahli al-kitab
"Jika mereka orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta putusan) maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka, atau berpalinglah daripada mereka" sampai kepada "Dan jika kamu memutuskan perkara mereka maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil." (Surah Al-Maidah ayat 49)
Firman Allah lagi
"dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu menurut hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan . kamu dari sebahagian apa yang diturunkan Allah kepadamu"
Firman Allah Taala selanjutnya:
"Dan (menguruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil",
Sesungguhnya Allah telah memberitahu nabiNya s.a.w. untuk mewajibkan kepadanya, kepada orang-orang sebelumnya dan seluruh manusia bilamana memutuskan hukuman hendaklah dengan adil.
Makna "adil" ialah mengikut hukum yang diturunkan Allah. Allah telah berfirman kepada nabiNya s.a.w. ketika memerintahkan Baginda memutuskan hukuman di antara ahli al-Kitab dengan hukuman yang diturunkan oleh Allah dan meletakkan nabiNya s.a.w, daripada agama dan umatNya mengikut keterangan dari kitab Allah iaitu apa yang dikehendaki Allah dan mewajibkan taat kepadanya (nabi).
Firman Allah:
"Sesiapa yang taat kepada , Rasul sesungguhnya telah taat kepada Allah".
Firmannya lagi .
"Maka demi Tuhanmu (mereka pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan"
dan berfirman lagi:
"Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintahnya "takut".
Keterangan Imam Al-Shafiee ai dalam bab kehakiman itu boleh dijadikan panduan selanjutnya di dalam membicarakan"konsep kepimpinan dalam Islam" selain daripada memerhatikan ayat-ayat dah hadith-hadith yang lain, dalam semua peringkat dan golongan pimpinan merangkumi ketua negara, menteri, ulama' penghulu, guru-guru, da'ai, pemi.mpin masyarakat, pertubuhan, rumahtangga dan lain-lain. Kerana sumber kepimpinan yang tertinggi ialah:-
1. Al-Quran,
2. Al-sunnah
3. Ijtihad dan perkara yang hendak disuburkan dari kepimpinan itu ialah keadilah Ilahi dan matlamatnya kesejahteraan di dunia dan di akhirat dengan mendapat keredhaan Allah.
Maksud sabda Rasulullah s.a.w. tiap-tiap kamu pengembala dan tiap pengembala bertanggungjawab terhadap apa yang digembala."
Mewujudkankan kepimpinan yang diredhai Allah
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan menyeru kepada yang maaruf dan mencegah dari yang munkar mereka itulah orang-orang yang beruntung" (A1-Imran 104).
Imam Al-Ghazali menerangkan bahawa perkataan "hendaklah ada di antara kamu" merupakan perintah , yang dzahirnya menunjukkan wajib, "mereka itulah orang yang beruntung" menunjukkan Fardhu tugas tersebut merupakan fardhu kifayah bukan fardhu a'in yaitu bilamana sebahagian umat melaksanakan terlepaslah kewajipan ke atas yang lain.
"Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang maaruf dan menegah yang mungkar. Mendirikan sembahyang ..." (Al-Taubah 71)
Imam A1-Ghazali menjelaskan: Bahawa orang-orang mukmin itu telah mensifatkan mereka itu menyuruh yang maaruf dan menegah yang mungkar. Bermakna seseorang yang lari dari tugas itu telah terkeluar dari sifat seseorang mukmin yang dinyatakan.
Sabda Rasulullah s.a.w. "Wahai manusia Allah berfirman menyuruh kamu melakukan yang maaruf dan menegah dari yang mungkar, sebelum kamu berdoa di mana tidak dimakbulkan permohonan tersebut " (hadith riwayat Ahmad dan al-Baihaki)
Ditanya kepada Khudzaifah r.a. siapakah bangkai bernyawa. Jawab beliau: "ialah orang yang tidak mencegah kemungkaran baik dengan tangannya mahupun dengan lidah dan hatinya.
Pemimpin Islam menegak yang maaruf dan mencegah yang mungkar
Perkara yang "mungkar" ialah semua perkara yang bertentangan dengan akidah, dengan syariah, akhlak dan kemanusiaan seluruhnya zahir dan batin.
Selanjutnya Qadi Al Khudah Abdul Jabar bin Ahmad menjelaskan bahawa "yang maaruf" itu terbahagi kepada apa yang wajib dan kepada apa yang sunat. Menyuruh yang wajib adalah wajib , dan menyuruh yang sunat adalah sunat. Kerana keadaan perintah tidak akan menambahkan ; atas hal-perbuatan yang disuruh, pada-wajib. Adapun kemungkaran itu semuanya merupakan satu jenis sahaja di mana semua ianya wajib ditegah. Oleh itu pimpinan Islam dalam mana peringkat dan bahagian pun haruslah menjadi matlamat utamanya menegakkan kemaarufan dan mencegah kemunkaran di mana dan bila-bila masa sekalipun jika berbeza pada cara dan tindakan.
Pimpinan Islam mestilah digerakkan oleh iman dan amal soleh
Kepimpinan yang berkesan dapat dilihat bila mana bertambah yang maaruf dan semakin berkurangan mungkar
Itulah tanda-tanda dan kesan-kesan yang menunjukkan sesuatu kejayaan dalam mana-mana kepimpinan pada mana-mana peringkat dan bahagian. Keseluruhan kesan-kesan tersebut hanya akan tercapai bilamana terlebih dahulu dapat dicapai pada bahagian-bahagian tertentu samada dalam bentuk peribadi atau jamaah. Umpamanya kesan sembahyang ialah meninggalkan kejahatan dan kemungkaran. Kesan puasa menimbulkan ketakwaan. Kesan tauhid menimbulkan kesabaran dan keberanian. Kesan jemaah merapatkan persaudaraan dan seterusnya. Di dalam keadaan kesan- kesan tersebut tidak dapat dirasakan oleh pemimpin, apatah lagi oleh yang dipimpin maka hendaklah masing-masing mengkoreksi dan merenungi dimanakah kecacatan yang ada dalam kepimpinan tersebut. Kerana yang maaruf akan menerbitkan yang maaruf dan yang mungkar menimbulkan yang munkar.
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaannya ialah dia menciptakan untukmu isteri, dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan di antaramu rasa kasih dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mahu berfikir." (Surah Al-Rum ayat 21).
Suami sebagai pemimpin rumahtangga haruslah memerhatikan samada tujuan perkahwinan itu telah berhasil dengan tercapai ketiga-tiga perkara tadi atau belum mengikut cara-cara yang dikehendaki oleh Islam. Jika belum berhasil tentulah ada kecacatan di dalam kepimpinan tersebut.
Contoh yang lain Allah berfirman maksudnya: "Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman (iaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya dan orang-orang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, Kecuali terhadap isteri- isteri mereka atau budak-budak yang mereka miliki maka sesungguhnya dalam hal itu tiada tercela. Maka barang siapa yang mencari yang dibalik itu mereka itulah orang yang melampaui batas, Dan orang-orang yang memelihara amanah, (yang dipikulnya) dan janjinya: Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang yang mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga firdaus, mereka kekal di dalamnya,' (surah al-Mu'minun ayat 1 - 11)
Contoh yang lain Allah berfirman: " Dan (hamba hamba yang baik dari Tuhan) yang Maha Penyayang itu (ialah) orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka (dengan kata- kata yang tidak sopan) mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandungi) keselamatan, Dan orang yang melalui malam hari denqan bersujud dan berdiri kerana Tuhan mereka. Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhanku! jauhkan azab jahanam dari kami (kerana) sesungguhnya azabnya itu ialah kebinasaan yang kekal." Sesungguhnya jahanam itu seburuk tempat menetap dan tempat kediaman.
Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta) mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak pula kikir, tetapi adalah (perbelanjaan) itu di tengah-tengah antara yang demikian. Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain berserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali yang hak dan tidak berzina. Barang siapa yang melakukan demikian itu nescaya dia mendapat pembalasan (dosanya). (Yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal di dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh, maka mereka itu, kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Dan orang yang bertaubat dan mengerjakan amal soleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya. Dan orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang) yang mengerjakan perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya. Dan orang-orang yang bilamana diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, meraka tidak menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.
Dan orang-orang yang berkata: `Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk mata (kami), dan jadikan kami pemuka bagi, (orany-orang yang bertakwa). Mereka itulah yang dibalas dengan martabat yang tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya." (Surah al-Furqan ayat 63-75)
Contoh-contoh itu adalah kesan-kesan yang maaruf dari pimpinan iman yang seharusnya meresap ke dalam jiwa, rumahtangga, pertubuhan dan sebagainya yang ditanam oleh pemimpin-pemimpin yang berkaitan. Tanpa wujud kesan-kesan yang seumpama ini keseluruhan atau sebahagian darinya adalah menunjukkan kegagalan kepimpinan tersebut. Dari aspek itu, kejayaan kebendaan sahaja, sudah pasti tidak mencerminkan kejayaan sebenarnya menurut pandangan Islam dalam satu- satu pimpinan.
Syarat-syarat menjadi seorang pemimpin
1. Muslim,'akil baligh dan laki-laki
3. Berilmu Ertinya ia mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan fardhu ai'n dan fardhu kifayah sehingga dapat membezakan diantara yang maaruf dan yang mungkar. Mengetahui perkara-perkara'yang berkaitan dengan kepimpinan.
4. Mempunyai kudrat, kemampuan. Ertinya boleh bertindak bagi menyelesaikan sesuatu urusan samada menggunakan tenaga; perkataan, tulisan atau flkiran di dalam apa suasana pun.
6. Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan.
Memahami Al-Quran dan Al-Sunnah
Lebih jauh lagi memahami (ilmu Al-Quran) dan ."Mustalihul Hadith". Membaca Siratul Rasul, sahabat-sahabat, salaful salihan,dan riwayat hidup ulama-ulama. Membaca dan mengenali kitab-kitab yang Muktabar di bidang Tauhid, Fikah, Tasauf, Tafsir, Hadith. Dapat memahami mana yang ijmak dan mana yang ikhtilaf, mana yang usul dan mana yang furu'. Berkaitan dengan ini sedapat mungkin haruslah seseorang pemimpin itu mengetahui bahasa arab, kerana kitab-kitab yang original yang berkaitan dengan perkara tersebut kebanyakannya ditulis di dalam bahasa Arab. Akibat daripada tidak memahami dan mengetahui hal-hal tersebut, kadang-kadang boleh menimbulkan berbagai-bagai kesan yang tidak baik dalam kepimpinan, hingga merebak kepada masyarakat yang lebih besar, yang boleh mencacatkan kesempurnaan Islam.
Al-Farra' Rahimahallah menyebutkan beberapa kewajipan dan hak hak pemimpin di antaranya:
1. Menjaga agama mengikut usul-usul yang telah disepakati ulama-ulama
2. Memutuskan hukum ke atas dua pihak yang bertelingkah
3. Menjaga kesejahteraan umat
4. Melaksanakan hudud bagi menjaga berlakunya perkara yang diharamkan Allah
5. Mengawal kampung negeri dari dicerobohi musuh
6. Melakukan jihad ke atas penentang Islam selepas diajak kepada Islam samada masuk Islam
atau berlindung di bawah negara Islam.
7. Memungut cukai dan zakat seperti yang diwajibkan oleh syara'.
8. Membelanjakan harta baitulmal mengikut yang seperlunya tanpa membazir atau mengikat
9. Menyerahkan tanggungjawab kepada orang-orang yang amanah dan ikhlas bagi
10. Melibatkan dirinya melihat keadaan umat dan keperluan mereka.
1. Mentaati suaminya bilamana diajak ke tempat tidur.
2. Tidak harus menunaikan puasa sunat kecuali dengan keizinan suami.
3. Tidak harus membelanjakan harta suami kecuali dengan izinnya.
4. Tidak harus keluar rumah kecuali dengan keizinan suami.
5. Hendaklah isteri beradab kepada suaminya di antaranya jangan mengumpat dan memaki
1. Hendaklah suami menghormati isterinya dan hidup bersamanya dengan "maaruf" dan
2. Hendaklah suami sentiasa berada di dalam keadaan yang mengembirakan isterinya.
3. Hendaklah suami sentiasa berlapang dada jika berlaku sesuatu perselisihan dengan isterinya.
4. Hendaklah suami menjadi ikutan yang baik kepada isteri dan keluarganya.
5. Melaksanakan tanggungjawab rumahtangga dengan sebaik baiknya.
1. Janganlah seseorang itu terlalu bergembira mendapat anak lelaki dan merasa dukacita mendapat anak perempuan.
2. Setelah anak itu lahir hendaklah diazankan di telinga kanannya dan diqamatkan di telinga kirinya. Bilamana anak tersebut pandai bercakap sunat di ajarkan "La ilaha illallah".
3. Hendaklah diberi nama yang baik. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu akan dipanggil nama kamu dan nama bapa kamu pada hari kiamat. Sebab itu perelokkanlah nama-nama kamu". Sebab itu sesiapa yang mempunyai nama-nama yang tidak baik digalak menukarkannya kepada nama-nama yang baik.
4. Melakukan aqiqah pada hari ke tujuh kelahiran anak.
Kepimpinan ketua terhadap orang-orang di bawahnya
Di antaranya:
1. Hendaklah memulakan "kebaikan" maaruf daripada dirinya sendiri.
2. Tidak bersikap angkuh dan sombong. Boleh jadi ada orang-orang lain yang lebih baik
3. Bersikap adil iaitu sentiasa meletakkan sesuatu di tempatnya.
4. Bersimpati dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh orang-orang di bawah jagaannya dan
5. Dan bagi seseorang majikan hendaklah "membayar upah sebelum kering keringat pekerjanya."
Seperti yang dipesankan oleh Saidina Abu Bakar r.a.
1. Bilamana kamu datang kepada perajurit kamu janjilah kepada mereka dengan kebaikan. Bila
2. Perbaikilah dirimu nescaya orang-orang di bawahmu menjadi baik:
3. Jika datang kepada kamu utusan musuh muliakanlah kedudukan mereka, janganlah mereka
4. Jangan biarkan orang lain bercakap dengan utusan musuhmu, kamu sendirilah yang bertutur
5. Jangan jadikan rahsiamu sama dengan perkara yang tidak rahsia nescaya gagal tugasmu.
6. Sekiranya kamu bermesyuarat selidiki lah berita nescaya berhasillah mesyuaratmu.
7. Sekiranya sampai sesuatu berita musuh kepadamu hendaklah kamu rahsiakan dahulu
8. Banyakkanlah pemeriksaan mengejut terhadap perajuritmu siang dan malam.
9. Berilah semangat bila bertemu dengan tenteramu. Janganlah kamu pengecut nescaya yang
seperti yang disebutkan oleh A1-Imam Ghazali
1. Kasihan dan bertimbangrasa terhadap muridnya supaya terselamat daripada malapetaka.
2. Memandu muridnya ke jalan yang diredhai syara'
3. Tidak membiarkan muridnya menerima sebarang nasihat yang tidak baik dari orang lain.
4. Mengingatkan dengan baik kepada muridnya mengenai bahaya akhlak yang tidak baik.
5. Mengingatkan muridnya jangan merendah-rendahkan ilmu yang lain yang tidak dipelajarinya.
6. Menyampaikan ilmu mengikut kadar kemampuan murid.
7. Kepada murid yang tercicir berilah kepadanya penjelasan yang sesuai sehingga jangan
8. Hendaklah guru beramal dengan ilmunya. Jangan lain apa yang dibuat daripada apa yang
Dari contoh yang ditunjukkan di atas dapatlah disimpulkan sebagas berikut:
1. "Konsep kepimpinan dalam Islam" merangkumi semua tingkatan hidup bermula daripada negara membawa kepada masyarakat, dan rumahtangga.
2. Kepimpinan di dalam Islam mengajak manusia kepada yang maaruf dan menegah yang mungkar.
3. Sumber kepimpinan Islam ialah Al-quran dan Al-Sunnah
4. Ajaran Islam hendaklah diresapkan bermula daripada ,individu seterusnya ke dalam keluarga seterusnya negara.
5. Kepimpinan Islam pada setiap masa dan tempat hendaklah memahami dan mengetahui dasar ajaran Islam dan mengamalkannya terlebih dahulu.
6. Makna kepimpinan melibatkan semua pihak daripada ketua negara yang memerintah membawa kepada menteri-menteri; ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai. kanan, ulama-ulama, guru-guru, suami-isteri, ketua pertubuhan, penghulu dan lain-lain.
7. Timbulnya krisis, keruntuhan masyarakat, rasuah, dadah, kezaliman, pengelapan harta benda, penipuan dan lain keburukan adalah disebabkan manusia lari dari pimpinan Ilahi lalu mengambil pimpinan selainnya.
Penutup
".........Ya Tuhan kami janganlah engkau hukum kami jika kami lupa. atau kami tersalah.Ya Tuhan' kami jangahlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya.Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkau penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. " (Maksud surah Al-Baqarah ayat 286.)
Wallahu a'lam




