Showing posts with label CETUSAN MINDA. Show all posts
Showing posts with label CETUSAN MINDA. Show all posts

Tuesday, August 19, 2008

TURUN HARGA MINYAK

Hari ini NAJIB ALTANTUYA telah mengumumkan akan menurunkan harga minyak dalam ceramahnya pada kempen pilihanraya kecil di Permatang Pauh. Kebiasaan kempen yang digunakan oleh pihak kerajaan apabila menang akan menurunkan harga minyak, tapi kempen pilihanraya kali ini berbeza kerana sebelum tarikh pembuangan undi dilakukan, pihak kerajaan awal-awal lagi mengumumnya.

Oleh yang demikian, cara berkempen yang diguna pakai oleh pihak UMNO BN adalah merupakan tektik lama. Kalau rakyat Kelantan, cara begini sudah tidak relevan dah sebab itulah UMNO BN dah mampus dah di Kelantan. Tak tahulah rakyat Permatang Pauh bagaimana! Kalau termakan lagi lah dengan kempen yang UMNO BN bawa ni..........

Sehubungan dengan itu, rakyat Permatang Pauh juga perlu sedar bahawa siapa Najib. Walaupun calon yang diturunkan oleh UMNO BN bersih, tiada skandal, tak makan rasuah, tak bunuh orang dll tetapi kita kena ingat bahawa sebersih mana pun calon UMNO BN, ianya tetap UMNO. Jangan bagi peluang kepada UMNO BN bertapak semula di Permatang Pauh. Pertahankan calon yang berusaha nak menegakkan keadilan walaupun ianya PKR.

Pantang mati sebelum ajal. Biar kita bermandi peluh. Biar kita bermandi darah demi memperjuang dan menegakkan keadilan untuk rakyat sejagat, untuk bumi Malaysia tercinta, untuk Agama Islam serta bangsa kita. Jangan kita nanti menjadi pelarian dibumi sendiri selagi UMNO BN hidup. Jangan terpedaya dengan janji-janji manis yang ditaburkan oleh pemimpin UMNO BN. Selama 50 tahun mereka tipu kita.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh WAJIB dipertahankan. Jangan sampai jatuh kepada golongan lintah darat. Kerana kemenangan ini akan menjadi titik permulaan baru kepada rakyat Pulau Pinang untuk terus menguburkan UMNO BN dan konco-konconya.

Teruskanlah perjuangan kita hingga ke titisan darah yang terakhir. Bagi mereka yang tidak dapat hadir sama ke medan tempur ini, iringi lah pejuang-pejuang kita dengan sokongan moral yang padu.

Monday, August 18, 2008

TITIPAN KETUA PEMUDA PAS DUN KELABORAN

Assalamualaikum wm wb

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada Nabi SAW serta sahabat serta keluarga Baginda.

Salam perjuangan daripada warga Pemuda PAS DUN Kelaboran. Kalau dahulu kami bersama dengan Majlis Tindakan DUN Kelaboran tetapi sekarang kami sudah mempunyai kekuatan sendiri untuk berdiri di atas kaki sendiri dengan blog yang sedia ada ini.

Pihak kami akan menyediakan laman yang terbaik pasti untuk penggemar-penggemar blog di luar sana. Sekiranya ada kekurangan daripada pihak kami, maka kami dengan hati yang terbuka menerima komentar, tunjuk ajar serta panduan daripada semua.

Wassalam.