Showing posts with label Program. Show all posts
Showing posts with label Program. Show all posts

Saturday, January 8, 2011

Bantuan Banjir


Pada 08/01/2011 (Sabtu), YB Mohd Zaki Hj Ibrahim (Adun Kelaboran) dengan kerjasama Jentera Bilik Gerakan Banjir Pemuda Pas Dun Kelaboran telah mengadakan satu operasi penyampaian bantuan banjir kepada mangsa-mangsa banjir di Dun Kelaboran yang melibatkan penduduk Kg. Ana, Tok Oh dan Cherang Melintang.

Dua buah pick-up dan sebuah lori yang penuh dengan muatan barang keperluan dapur digerakkan ke kawasan yang dilanda banjir bermula pukul 3:00 petang. Kawasan-kawasan tersebut dinaiki air separas pinggang menyebabkan ada beberapa penduduk yang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir.

Bantuan tersebut diagihkan dengan kerjasama penghulu mukim serta ajk kampong yang berkaitan. Perahu disediakan untuk mengangkut barang-barang bantuan manakala para pembantu hanya meranduk air banjir separas pinggang.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya YB, Pengarah Jentera Banjir dan semua ajk jentera yang terlibat dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir.  

Thursday, September 2, 2010

Kembara Singgah Berbuka Dun Kelaboran



Pada 02/09/2010 (Khamis) Pemuda Pas Dun Kelaboran dengan kerjasama Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat (DPPKT) telah mengadakan program Kembara Singgah Berbuka di destinasi terakhir bertempat di Kg. Besut dan Kg. Pok Joh dalam Dun Kelaboran.

Seramai 20 buah rumah telah terpilih untuk menerima sumbangan berupa barangan dapur dan zakat. Program yang bermula pada pukul 5:30 petang itu juga turut mendapat kerjasama daripada penghulu serta ajk Pas cawangan tersebut.

Para penerima sumbangan tersebut terdiri daripada orang miskin, ibu tunggal dan orang sakit. Alhamdulillah, program tersebut Berjaya dilaksanakan dengan kerjasama semua. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.




Saturday, May 29, 2010

Kembara amal di Dun Kelaboran


Hari ini (28/05/2010 Jumaat) Lajnah Kebajikan, Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat (DPPKT) dengan kerjasama Pemuda Dun Kelaboran serta YB Adun Kelaboran telah mengadakan siri Kembara Amal ke Kg. Dalam Rhu, Tumpat.

Ini adalah kembara amal DPPKT yang kedua selepas Dun Pengkalan Kubor baru-baru ini. Tujuan kembara amal ini diadakan adalah untuk menyampaikan sedikit sumbangan kepada masyarakat bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mereka yang tidak berkemampuan.

Selain daripada barangan keperluan dapur yang disumbangkan oleh DPPKT, YB Adun Kelaboran juga turut menyampaikan sumbangan peribadi beliau kepada penerima-penerima yang terpilih.

Program sebegini boleh merakyatkan pemuda dengan masyarakat serta dapat melihat sendiri masalah-masalah yang dialami rakyat. Sekurang-kurangnya akan ada usaha yang diambil untuk meringankan beban masyarakat yang tidak bernasib baik.   

Kembara amal seterusnya dijangkakan ke Dun Pasir Pekan pada bulan Jun nanti.

Saturday, May 22, 2010

Belia Cakno Masyarakat Dun Kelaboran


Pada 21 & 22 Mei 2010 (Jumaat & Sabtu) Pemuda Dun Kelaboran telah menganjurkan satu program ‘Belia Cakno Masyarakat’ yang berpusat di Masjid at-Tawwabeen, Kampung Tanjung Kuala, Tumpat.

Program Belia Cakna Masyarakat ini terbuka kepada 150 orang peserta termasuk urusetia terdiri dari kalangan belia yang dipilih daripada beberapa buah kampung. Ia merupakan satu program yang amat baik kerana memberi pengalaman berguna sama ada kepada urusetia mahupun peserta di samping membantu anggota masyarakat yang memerlukan pertolongan. Ia juga akan menjadi bekal berguna kepada mereka pada masa hadapan selaku pelapis dan pewaris kepimpinan sedia ada.
 
Program Belia Cakna Masyarakat ini dilaksanakan bagi menerapkan budaya ukhuwwah Islamiyyah dan saling membantu sesama anggota masyarakat. Matlamatnya juga ialah untuk membiasakan belia dengan gaya hidup sihat dan memelihara diri daripada melakukan perkara-perkara yang menyalahi agama.

Antara program-program kemasyarakatan yang dijalan semasa program tersebut berlangsung ialah gotong-royong bersih kubur dan membaiki rumah orang miskin, ziarah dan menyambpaikan sumbangan berupa barangan dapur kepada orang yang layak dan akhir sekali ialah jamuan rakyat.

Walaupun masih banyak kekurangan dan kelemahan sepanjang penganjuran program ini, saya rasa puas hati kerana dapat menjayakannya dengan bantuan para sahabat ajk Pemuda Dun Kelaboran yang telah bertungkus-lumus memberikan kerjasama terbaik mereka.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya tujukan kepada YB Mohd Zaki Hj. Ibrahim (Adun Kelaboran), YB Dato’ Haji Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat), semua ajk Pemuda Dun Kelaboran yang terlibat, para penghulu, peserta Ladang Rakyat serta semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak. Hanya Allah s.w.t sahaja yang layak membalas jasa kalian.

Sunday, May 2, 2010

Cakno Keluarga Dun Kelaboran


Pada 01/05/2010 (Sabtu) Dun Kelaboran telah mengadakan program Cakno Keluarga bertempat di Kg. Ana, Chabang Empat Tumpat. Program ini telah mendapat kerjasama dari semua pihak termasuklah Pemuda Dun, Muslimat Dun, MTD, Nisa’ dan penghulu.

Pengarah program, Mohd Azizi Alias yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda Dun Kelaboran telah mengatur program dan pengisian dengan berkesan yang melibatkan penyertaan dari pelbagai peringkat umur bermula dari kanak-kanak, remaja, belia, pemuda dan veteran.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Adun Kelaboran, YB Mohd Zaki Hj Ibrahim. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa Kerajaan Kelantan sentiasa memberikan bantuan kepada rakyat dengan kadar kemampuan yang ada.

Dikesempatan tersebut, YB telah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA/ IPTS seramai 120 orang, penerima input pertanian serta penerima caruman kifalah.  

Pelbagai acara dan pertandingan telah diadakan antaranya pertandingan silat cantik, pertandingan gasing pangkah, pertandingan kukur kelapa, pertandingan gubahan dan sebagainya.

Sunday, March 28, 2010

Kejohanan Badminton Pemuda Dun


Pada 26/03/2010 (Jumaat) Pemuda Dun Kelaboran telah mengadakan kejohanan badminton tertutup pemuda yang hanya disertai oleh semua ajk pemuda dun. YB Adun Kelaboran, Mohd Zaki Hj Ibrahim juga turut serta beraksi dalam kejohanan ini. Tujuan utama kejohanan seperti ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi ukhwah dikalangan ajk pemuda dun.

Kejohanan ini telah diadakan di Dewan Boustead, Tumpat bermula pukul 8.30 malam sehingga pukul 1.30 pagi. Para ajk telah menunjukkan bakat yang terpendam dalam arena badminton walaupun boleh dikatakan semuanya mengalami sakit urat dan kekejangan kerana tidak pernah terlibat dalam permainan badminton.

Kejohanan ini telah dijuarai oleh saudara Ismail Mohamad selaku pengarah program bersama rakan pasukannya Azizol.

Ziarah Pemuda


Pada 27/03/2010 (Sabtu), Pemuda Dun Kelaboran bersama YB Mohd Zaki Hj Ibrahim selaku adun Kelaboran telah mengadakan program ziarah sebagai salah satu program kebajikan. Kami telah melawat keluarga saudara Zaidi Abd. Rahman salah seorang ajk pemuda dun Kelaboran yang baru sahaja mendapat cahaya mata yang baru bernama Ahmad Hanbali. Doa selamat turut dibacakan oleh Ustaz Azhar Ibrahim, selaku setiausaha Pemuda Dun Kelaboran.

Selepas itu kami meneruskan program ziarah ke rumah ketua cawangan Pengkalan Nangka untuk melawat anak lelaki beliau yang telah terlibat dalam kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke sekolah. Anak beliau telah mengalami patah ibu jari serta kecederaan teruk dibahagian mulut. Pemuda Dun turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada beliau sebagai tanda simpati kami.

Seterusnya destinasi kami terakhir ialah Kampung Berangan Masjid untuk menziarahi seorang pemuda yang lumpuh kerana otaknya telah diserang kuman. Namun begitu kami tidak bernasib baik kerana pemuda tersebut telah dibawa abangnya untuk berubat di Thailand. Kami tetap mengambil kesempatan untuk menyampaikan sedikit sumbangan kepada isterinya.


Saturday, February 20, 2010

Program Pemantapan Syakhsiah Pemuda Dun


Pemuda Pas Dun Kelaboran telah mengadakan muqayyam Pemantapan Syakhsiah pada 19 – 20/02/2010 (Jumaat dan Sabtu) bertempat di Pantai Kuala Pok Min, Tumpat. Program ini dihadiri oleh ajk Pemuda Dun Kelaboran.

Program bermula dengan solat Maghrib berjemaah dan disusuli dengan kuliyah maghrib yang disampaikan oleh Ketua Pemuda Dun yang berkisar mengenai tanggungjawab pemuda sebagai sayap kanan perjuangan.

Selepas isyak para pemuda memulakan program BBQ sementara menanti kehadiran Ustaz Hishamuddin, ajk Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat (DPPKT) merangkap Pengarah Pasti Kawasan Tumpat untuk slot ceramah. Salah satu menu istimewa BBQ kami malam itu ialah seekor ikan pari pasir seberat lebih kurang 15 kg yang baru sahaja dinaikkan dan masih segar.

Slot ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hishamuddin berkisar mengenai wehdatul fikri dan wehdatul amal bermula sekitar jam 10.00 malam. Beliau mengulas mengenai kepentingan wehdatul fikri dan wehdatul amal dalam jemaah Islam. Beliau juga turut menyentuh gejala masa kini yang mengkritik pimpinan secara terbuka melalui blog dan internet. Memang tidak menjadi kesalahan untuk mengkritik atau menegur pimpinan atasan namun salurannya mestilah betul agar segala permasalahan dapat diselesaikan dengan secara elok.

Setelah itu, para pemuda dibenarkan untuk membuat aktiviti bebas. Ada diantara mereka yang mengambil kesempatan untuk memancing manakala selebihnya berbual mesra, bercerita dan bertukar-tukar buah fikiran.

Selepas kuliyah subuh pada hari Sabtu, para peserta berkemas-kemas untuk pulang ke jeti kerana ada diantara ajk Pemuda Dun yang akan menyertai Seminar Pilihan Raya Jentera Pemuda anjuran Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK) bertempat di Akademi Latihan Pemuda, Kok Lanas.

Kesemua ajk Pemuda Dun yang menyertai muqayyam tersebut melahirkan rasa kepuasan serta kalau boleh ingin diwujudkan program seumpama itu lagi di masa akan datang.

Terima kasih kepada semua ajk Pemuda Dun Kelaboran sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan program tersebut.    

Sunday, February 14, 2010

Kunjungan Pemuda Kawasan Tumpat


Pada 13/02/2010, Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat (DPPKT) telah mengadakan kunjungan ke Dun Kelaboran untuk bertemu mata dengan ajk Pemuda Pas Dun Kelaboran.  Majlis tersebut telah diadakan di Pejabat Khidmat Masyarakat Adun Kelaboran pada pukul 9.30 malam yang turut dihadiri oleh YB Mohd Zaki Hj Ibrahim, Adun Kelaboran.

Majlis dimulakan dengan ucapan saudara Mohd. Abd Rashid Yah selaku Ketua Pemuda Dun Kelaboran yang bertindak sebagai pengerusi majlis pada malam tersebut yang mengalu-alukan kedatangan rombongan DPPKT yang diketuai oleh Haji Rosli Abdullah selaku Ketua DPPKT sendiri.

Kemudian ajk Pemuda Dun Kelaboran diberikan taklimat mengenai program yang akan dilaksanakan oleh saudara Kamazelan Abu Talib selaku Setiausaha DPPKT. Beliau memberikan taklimat mengenai program-program yang anjuran DPPKT khususnya program Belia Cakno Masyarakat yang diwajibkan kepada setiap dun untuk dilaksanakan oleh Pemuda Dun.

Seterusnya majlis mendengar amanah yang disampaikan oleh Haji Rosli Abdullah selaku Ketua Pemuda Kawasan yang telah menyentuh mengenai peranan yang perlu dimainkan oleh pemuda terutamanya untuk menarik sokongan golongan muda. Beliau mengingatkan bahawa pemuda perlu mempunyai inisiatif sendiri dalam menjalankan aktiviti berdasarkan keadaan setempat. Pemuda juga perlu menjalankan tugas amal maa’ruf dengan lebih serius lagi kerana gejala sosial yang semakin berleluasa sekarang ini.

Akhirnya majlis menjemput YB Mohd Zaki Hj Ibrahim untuk memberikan tausyiah kepada para pemuda. Beliau mengingatkan para pemuda untuk memainkan peranan yang lebih aktif untuk menarik golongan muda. Pemuda Dun juga perlu menambah keahlian dikalangan para pemuda yang mempunyai kepakaran tertentu bagi melicinkan lagi gerak kerja kepemudaan. Beliau juga mengharapkan tunjuk ajar DPPKT kepada Pemuda Dun Kelaboran kerana DPPKT mempunyai ajk yang berpengalaman dalam kepemudaan.

Ini adalah dun yang kedua dilawati secara rasmi selepas Dun Pengkalan Kubor baru-baru ini.  


Saturday, January 23, 2010

Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Dun Kelaboran



Hari ini Pemuda Pas Dun Kelaboran telah menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Dun Kelaboran bertempat di Dewan Boustead, Tumpat. Kejohanan itu telah disertai oleh 16 pasukan.

Majlis perasmian telah dilakukan oleh YB Mohd. Zaki Hj Ibrahim selaku Adun Kelaboran. Dalam ucapan perasmian, YB Zaki telah mengingatkan supaya para  pemuda agar mengambil peluang bersukan ini untuk mendapatkan fikiran yang sihat. Hasil daripada fikiran yang sihat itu para pemuda dapat menggunakannya untuk tujuan yang baik seperti menuntut ilmu.Para pemuda perlu mengambil peluang ini kerana para pemuda adalah pewaris negara.

Dikesempatan ini YB bergambar dengan pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

Saturday, December 12, 2009

USRAH DUN KELABORAN


12 Disember 2009 @ Sabtu
3.00 Petang
Pejabat PAS Kawasan Tumpat


Naqib : Ust Ab Aziz Bin Yusoff


YB ADUN Kelaboran turut hadir


Ahli usrah muslimin


Ahli dari kalangan MTD, Halaqat, Penghulu, Muslimat
Pemuda Dan Nisa'


Ahli usrah muslimat


Friday, December 11, 2009

ZIARAH MAHABBAH PEMUDA DUN KELABORAN


11 DISEMBER 2009@JUMAAT
5.00 - 6.15 PETANG
CAWANGAN TANJUNG KUALA & BANDAR TUMPAT


YB ADUN Kelaboran yang prihatin


Zainudin akan dibawa ke Hospital Tumpat


Pemuda sempat menolong mengangkat pesakit untuk di
hantar ke Hospital


Para AJK yang sempat hadir ke program ziarah


YB Zaki sempat menziarah Zainuddin sebelum di hantar
ke Hospital


Bertanya khabar dalam suasana ukhuwah


Tanggungjawab seorang Tok Wakil


Kehadiran YB Zaki di Program Ziarah Mahabbah anjuran
Pemuda PAS Kelaboran


Friday, November 20, 2009

MAJLIS RUMAH TERBUKA ADUN KELABORAN 1430


TARIKH : 02 SYAWAL 1430
MASA : 11.00 PG - 3.00 PTG
TEMPAT : PERKARANGAN PEJABAT ADUN, TUMPAT


PETUGAS BERGAMBAR BERSAMA ADUN KELABORAN


PENGARAH PROGRAM DAN KETUA PROTOKOL


BIASA LA...... DJ KELABORAN BERGAMBAR BERSAMA
ADUN KELABORAN SERTA KETUA PEMUDA


BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA EN FARID AMIRUL,
PELAKON GERAK KHAS


YB ADUN KELABORAN SEDANG MENYAMPAIKAN
DUIT RAYA KEPADA KANAK-KANAK


YB ADUN SEDANG MELAYAN TETAMU


YB ADUN SEDANG MEMAKAI ROSERT


PARA TETAMU SEDANG MENIKMATI HIDANGAN


PETUGAS DI BAHAGIAN PERSEGARAN SEDANG
MEMBUAT PERSIAPAN


Saturday, November 7, 2009

Ihtifal Pasti Dun Kelaboran 2009



Semalam (07/11/2009) Pemuda Pas Dun Kelaboran telah mengadakan Ihtifal Pasti peringkat Dun Kelaboran bertempat di Pantai Sri Tujuh, Tumpat. Penyelia Pasti Dun Kelaboran, Saudara Irwan Faizal telah dibantu oleh Pengarah Ihtifal, Saudara Mansur dengan bantuan urusetia program telah berjaya mengadakan ihtifal tahunan.


Dun Kelaboran mempunyai 9 buah Pasti dan kesemuanya telah mengambil bahagian dalam ihtifal ini. Ihtifal ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian acara padang dan bahagian acara pentas. Acara padang terdiri dari acara berebut kerusi, isi air dalam botol, bawa bola pingpong dalam sudu dan memakai uniform. Manakala acara pentas pula terdiri daripada bacaan sajak, persembahan nasyid, acara membaca jawi dan rumi serta bacaan doa-doa oleh para pelajar Pasti.

Perasmian majlis Ihtifal Pasti ini telah disempurnakan oleh Ustaz Abdul Aziz Yusuf, Timbalan Pengarah II Majlis Tindakan Dun (MTD) Kelaboran sebagai menggantikan YB Mohd Zaki Hj Ibrahim kerana beliau menghadiri Seminar Khas di Taman Melewar.

Program kali ini mendapat kerjasama penuh dari semua ajk Pemuda Dun serta guru-guru Pasti dalam Dun Kelaboran. Tahniah diucapkan kepada semua urusetia yang terlibat dalam menjayakan Ihtifal Pasti kali ini terutamanya Penyelia Pasti, Saudara Irwan Faizal dan Pengarah Ihtifal, Saudara Mansur.