Showing posts with label Perutusan. Show all posts
Showing posts with label Perutusan. Show all posts

Saturday, June 20, 2009

YB ADUN KELABORAN DILANTIK SEBAGAI SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS KELANTAN

YB Mohd Zaki Ibrahim Adun Kelaboran dan Timbalan Speaker Dun Kelantan yang merupakan bekas Ketua Pemuda Kelantan diberi kepercayaan oleh YAB Tok Guru Haji Nik Abdul Aziz Haji Nik Mat sebagai Setiusaha Badan Perhubungan Pas Negeri Kelantan yang baru .Beliau menggantikan YB Dato Takiyuddin Hassan.

YAB Tok Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan kesemua jawatan utama di Perhubungan PAS Kelantan kekal kecuali setiausaha .

Timbalan Pesuruhjaya 1, Dato' Ahmad Yakob, Timbalan Pesuruhjaya II, Dato' Husam Musa, Timbalan Pesuruhjaya III, Dato' Mohd Amar Abdullah. Bendahari, Dato' Anuar Tan Abdullah dan Ketua Penerangan, Ustaz Ahamd Baihaki Atiqullah.

Manakala Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri, Haji Abdul Fatah Harun."Hari ini mesyuarat yang pertama penggal baru dan saya masih memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan," katanya.Mohd Zaki yang juga Timbalan Speaker Dun Kelantan , merakamkan ucapan terima kasih di atas kepercayaan Pesuruhjaya melantiknya sebagai setiausaha baru PAS Kelantan.

Monday, August 18, 2008

Perutusan Buat Para Pejuang


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam buat rasul junjungan, ahli keluarga baginda serta para sahabat seumpama bintang yang bergemerlapan.

Buat sahabat seperjuangan....

Ketahuilah olehmu bahawa pemuda merupakan antara tunjang yang penting dalam perjuangan. Sejarah terdahulu telah membuktikan bahawa kehebatan pemuda telah memberikan sumbangan yang besar dalam kebangkitan Islam. Diselusuri sejarah Ali k.r.w, Jaafar at-Tayyar, Usamah, Khalid al-Walid dan ramai lagi telah terakam dalam sejarah betapa kehebatan mereka berjuang antara sebab tersebarnya Islam dan tertegaknya kalimah Allah di muka bumi ini.

Para sahabat pemuda...

Maka disaat ini, aku menasihati diriku dan mengajak kalian untuk menginfaqkan diri kedalam perjuangan ini dengan penuh rela, redha serta ikhlas. Ketahuilah oleh kalian, bahawa Islam tidak pernah rugi sekiranya kita bukannya tergolong dikalangan para perjuangnya. Namun sesungguhnya kitalah yang rugi sekiranya kita tidak terpilih untuk menjadi pejuangnya.

Sahabatku...

Ayuh, bangkitlah dari keseronokan dunia sebentar ini. Renunglah perjalanan panjang yang bakal kita tempuhi nanti. Semoga Allah merestui kita demi sebuah perjuangan yang perlu kita tegakkan.

Takbir!!!!