Friday, November 20, 2009

MAJLIS RUMAH TERBUKA ADUN KELABORAN 1430


TARIKH : 02 SYAWAL 1430
MASA : 11.00 PG - 3.00 PTG
TEMPAT : PERKARANGAN PEJABAT ADUN, TUMPAT


PETUGAS BERGAMBAR BERSAMA ADUN KELABORAN


PENGARAH PROGRAM DAN KETUA PROTOKOL


BIASA LA...... DJ KELABORAN BERGAMBAR BERSAMA
ADUN KELABORAN SERTA KETUA PEMUDA


BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA EN FARID AMIRUL,
PELAKON GERAK KHAS


YB ADUN KELABORAN SEDANG MENYAMPAIKAN
DUIT RAYA KEPADA KANAK-KANAK


YB ADUN SEDANG MELAYAN TETAMU


YB ADUN SEDANG MEMAKAI ROSERT


PARA TETAMU SEDANG MENIKMATI HIDANGAN


PETUGAS DI BAHAGIAN PERSEGARAN SEDANG
MEMBUAT PERSIAPAN


Tuesday, November 10, 2009

UCAPAN TAKZIAH

SALAM.

KETUA DAN SELURUH AHLI JAWATANKUASA PEMUDA DUN KELABORAN MENGUCAPKAN TAKZIAH BUAT YB DATO' KJ SEKELUARGA DI ATAS PEMERGIAN DATIN. SEMOGA ROH ALLAHYARHAMAH DATIN DICUCURI RAHMAT DAN HIDAYAH DARI ALLAH.

AL-FATIHAH.

Saturday, November 7, 2009

Ihtifal Pasti Dun Kelaboran 2009



Semalam (07/11/2009) Pemuda Pas Dun Kelaboran telah mengadakan Ihtifal Pasti peringkat Dun Kelaboran bertempat di Pantai Sri Tujuh, Tumpat. Penyelia Pasti Dun Kelaboran, Saudara Irwan Faizal telah dibantu oleh Pengarah Ihtifal, Saudara Mansur dengan bantuan urusetia program telah berjaya mengadakan ihtifal tahunan.


Dun Kelaboran mempunyai 9 buah Pasti dan kesemuanya telah mengambil bahagian dalam ihtifal ini. Ihtifal ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian acara padang dan bahagian acara pentas. Acara padang terdiri dari acara berebut kerusi, isi air dalam botol, bawa bola pingpong dalam sudu dan memakai uniform. Manakala acara pentas pula terdiri daripada bacaan sajak, persembahan nasyid, acara membaca jawi dan rumi serta bacaan doa-doa oleh para pelajar Pasti.

Perasmian majlis Ihtifal Pasti ini telah disempurnakan oleh Ustaz Abdul Aziz Yusuf, Timbalan Pengarah II Majlis Tindakan Dun (MTD) Kelaboran sebagai menggantikan YB Mohd Zaki Hj Ibrahim kerana beliau menghadiri Seminar Khas di Taman Melewar.

Program kali ini mendapat kerjasama penuh dari semua ajk Pemuda Dun serta guru-guru Pasti dalam Dun Kelaboran. Tahniah diucapkan kepada semua urusetia yang terlibat dalam menjayakan Ihtifal Pasti kali ini terutamanya Penyelia Pasti, Saudara Irwan Faizal dan Pengarah Ihtifal, Saudara Mansur.








  

Saturday, October 31, 2009

Pesta Bola 9 Sebelah Dun Kelaboran

Hari ini, Pemuda Dun Kelaboran telah mengadakan pesta bola sepak 9 sebelah yang diadakan bermula 30/10/2009 hingga 31/10/2009. Sebanyak 12 pasukan telah mengambil bahagian dalam pesta bola kali ini.


Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan ukhwah antara para pemuda yang menyertai pesta bola ini melalui medium sukan. Islam sendiri tidak pernah melarang umatnya bersukan, cuma beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Perlawanan ini berakhir dengan jayanya tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Johan disandang oleh pasukan Kg. Baru Nelayan, tempat kedua Kg. besut dan tempat ketiga bersama diduduki oleh pasukan dari Kg. Padang Tembesu dan Kg. Dalam Rhu. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pemuda Dun Kelaboran bagi pihak YB Mohd Zaki Hj Ibrahim, Adun Kelaboran yang tidak dapat hadir.

Friday, September 18, 2009

Perjumpaan Hari Raya & Amanat YB


18/09/2009 (Jumaat) jam 10.00 malam, Majlis Tindakan Dun (MTD Kelaboran telah mengadakan satu majlis perjumpaan hari raya dan amanat YB yang disampaikan oleh YB Mohd Zaki Haji Ibrahim di Pejabat Pas Kawasan Tumpat. Majlis ini diadakan sempena meraikan semua jentera parti peringkat dun dengan menyampaikan sedikit sumbangan hari raya.
Dalam amanat yang disampaikan oleh YB Mohd Zaki telah menyentuh ukhwah dikalangan para jentera kerana ia merupakan antara rukun-rukun yang perlu difahami serta dikhatamkan oleh para pejuang Islam.
Para jentera hendaklah melaksanakan gerak kerja parti dengan penuh tanggungjawab Islamiyyah dan bukannya atas dasar semangat semata-mata. Pihak MTD akan melaksanakan sistem usrah yang sistematik dikalangan para jentera dun agar semua pejuang betul-betul memahami akidah perjuangan. Masih ramai dikalangan pimpinan yang masih belum memahami dengan jelas mengenai perjuangan parti.

Saturday, September 12, 2009

Iftar & Penyampaian Zakat Bersama Pemuda Negeri


Hari ini 11/09/2009 bersamaan dengan 21 Ramadhan 1430, Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan telah mengadakan majlis berbuka puasa (iftar) dan penyampaian zakat bertempat di Kampung Berangan, Tumpat dalam Dun Kelaboran.

Majlis ini telah dihadiri oleh Ketua Pemuda Pas Negeri sendiri iaitu Y.B Ustaz Haji Abdul Latif bin Haji Abdul Rahman, ajk Pemuda Pas Kawasan Tumpat serta ajk Pemuda Pas Dun Kelaboran. Majlis dimulakan tadarus al-Quran dengan membaca ayat 120 - 128 Surah an- Nahl diketuai oleh Ustaz Azhar Ibrahim selaku Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat. Kemudian ayat-ayat tersebut telah diulaskan oleh Ustaz Abdul Aziz Yusof selalu Pengelola Halaqat Kawasan Tumpat.

Kemuncaknya, ucapan atau tazkirah yang disampaikan oleh YB Ustaz Haji Abdul Latif Abdul Rahman. Beliau memetik pengajaran dari ayat-ayat tersebut mengenai kisah Nabi Ibrahim a.s yang mampu melaksanakan dakwah Islamiyyah walaupun baginda bersendirian. Beliau juga menyentuh mengenai keadilan Islam yang perlu kita tegakkan. Kerana tiadalah undang-undang yang paling adil. Oleh itu kita perlu mengambil semangat yang ada pada Nabi Ibrahim a.s dalam mendepani cabaran dakwah.

Dikesempatan ini juga YB Mohd. Zaki Ibrahim selaku Adun Kelaboran juga turut memberikan sedikit tazkirah dalam majlis ini. Beliau menyentuh mengenai dakwah kepada orang bukan Islam yang perlu kita berikan perhatian kerana kita mengharapkan mereka mempunyai satu aqidah dengan kita.

Akhir sekali, majlis penyampaian zakat kepada fakir miskin dan armalah telah disempurnakan oleh YB Ustaz Haji Abdul Latif Abdul Rahman dan YB Mohd Zaki Ibrahim.

Saturday, August 29, 2009

Tadarus al-Quran Ramadhan 1430


Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan telah memilih ayat 120 sehingga ayat 128 Surah an-Nahl untuk tadarus sepanjang bulan Ramadhan 1430 ini.

Ayat tersebut dipilih sebagai mengambil pengajaran dari kisah Nabi Ibrahim Khalilullah a.s dalam hidup baginda menyebar dakwah dan menyeru kaumnya supaya beriman kepada Allah s.w.t.

Banyak cabaran dan dugaan yang dihadapi baginda dalam misi dakwahnya itu. Antara kisah yang masyhur mengenai Nabi Ibrahim a.s ialah Nabi Ibrahim dilontar ke dalam api yang menjulang-julang namun Allah s.w.t telah memerintahkan api tersebut supaya tidak membakar tubuh baginda sehinggakan Nabi Ibrahim keluar dari api tersebut tanpa seurat bulu roma pun yang hangus.