Sunday, February 8, 2009

Kutipan Derma Tabung Cakno Palestin

Pada 06/02/2009 (Jumaat) baru-baru ini, Ajk Pemuda Dun Kelaboran telah menjalankan kutipan derma untuk mengisi tabung Cakna Palestin di Pasar Besar Tumpat. Kutipan derma tersebut telah dilancarkan oleh YB Mohd Zaki Hj Ibrahim selaku Adun Kelaboran.

Dengan bantuan Nisa' Dun Kelaboran, program tersebut sekurang-kurangnya dapat mengisi tabung Cakna Palestin bagi membantu saudara kita yang menderita akibat kekejaman Israel di Tebing Gaza, Palestin. Sambutan yang amat baik diberikan oleh peniaga dan pengunjung pasar dengan memberikan derma ikhlas mereka.
Kita berdoa dan berharap agar bantuan yang akan kita salurkan nanti dapat meringankan sedikit beban saudara kita di sana.












No comments: