Wednesday, May 6, 2009

ADUN, MP Pakatan ditahan polis


Persidangan DUN Perak yang dinanti-nantikan - yang menentukan hidup mati pentadbiran menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan kestabilan kerajaan pencabarnya Datuk Zambry Abd Kadir - bermula seawal menjelang subuh hari ini apabila sekumpulan 200 penyokong PAS mengadakan solat hajat di Manjoi, beberapa kilometer dari pusat bandar Ipoh.
Berikut perkembangan terkini di Perak:
9.00am Ahli parlimen PKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin dan ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong - yang ditahan - dibawa di dalam trak polis.
Mereka menjerit “1Black Malaysia”, “bubar DUN” dan “reformasi.”
8.50am Sekurang-kurangnya 11 orang ditahan polis, termasuk ahli parlimen PKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin, ADUN Teratai (Selangor) Janice Lee dan ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong.
8.40am Semua lebih kurang berada di perkarangan lobi bangunan Umno Perak, beberapa kilometer dari bangunan DUN. Sepanduk yang direntang berbunyi, antaranya, “kami anti penderhaka, pertahankan hak rakyat, biarkan DUN bersidang dengan aman.”
Mereka juga melaungkan “daulat tuanku.”
8.35am Mohamad Nizar dan semua ADUN Pakatan masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan. Semua pengawal peribadi mereka disekat masuk di pintu utama. Pemandu dibenarkan masuk.
8.30am Semua ADUN Barisan Nasional tiba di Bangunan Perak Darul Ridzuan dalam sebuah bas. Mereka disambut oleh sekumpulan penunjuk perasaan yang berpakaian hitam di luar bangunan tersebut - yang menempatkan DUN Perak. Tiga orang ditahan polis, termasuk ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong.
7.55am Kira-kira 100 penyokong BN berkumpul di bangunan Umno, beberapa kilometer dari bangunan DUN Perak.
7.45am Kawalan keselamatan ketat di Bangunan Perak Darul Ridzuan - yang menempatkan DUN Perak - bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada hari pertama persidangan yang akan dibuka secara rasmi oleh Raja Muda Perak.
Sumber : Malaysiakini.com
PERKEMBANGAN SIDANG DUN PERAK
KENDERAAN yang membawa bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Mohammad Nizar Jamaluddin tiba di kawasan bangunan SUK Perak kira-kira pukul 8.25 pagi tadi.
BERIKUT adalah perkembangan terkini persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak:
9.25 pagi: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tiba di pekarangan bangunan SUK dan menerima tabik hormat dengan diiringi Speaker DUN, V Sivakumar dan Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri.
9.20 pagi: Speaker DUN Perak, V Sivakumar tiba di pekarangan bangunan SUK dan menerima tabik hormat dengan diiringi Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri.
9.05 pagi: Seramai 11 individu yang ditahan kerana menimbulkan kekecohan dibawa keluar dari kawasan bangunan SUK menggunakan trak polis.
8.50 pagi: Ahli Parlimen Ampang dari PKR, Zuraida Kamaruddin dan ADUN Teratai dari DAP, Jenice Lee adalah antara 11 individu yang ditahan polis kerana menimbulkan kekecohan menjelang perasmian sidang DUN Perak.
8.45 pagi: Pembantu khas kepada ahli Parlimen Ipoh Barat dari DAP, P Sugumara ditahan polis di pekarangan bangunan SUK.
8.25 pagi: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memasuki kawasan bangunan SUK, diikuti beberapa ADUN daripada Pakatan Rakyat.
8.15 pagi: Tiga individu yang memakai kemeja T tertera mesej ‘Kembalikan Hak Rakyat’ ditahan pihak polis.
7.30 pagi: Kakitangan bangunan SUK mula memasuki pejabat masing-masing
Sumber : MStarOnline

No comments: