Monday, August 18, 2008

Perutusan Buat Para Pejuang


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam buat rasul junjungan, ahli keluarga baginda serta para sahabat seumpama bintang yang bergemerlapan.

Buat sahabat seperjuangan....

Ketahuilah olehmu bahawa pemuda merupakan antara tunjang yang penting dalam perjuangan. Sejarah terdahulu telah membuktikan bahawa kehebatan pemuda telah memberikan sumbangan yang besar dalam kebangkitan Islam. Diselusuri sejarah Ali k.r.w, Jaafar at-Tayyar, Usamah, Khalid al-Walid dan ramai lagi telah terakam dalam sejarah betapa kehebatan mereka berjuang antara sebab tersebarnya Islam dan tertegaknya kalimah Allah di muka bumi ini.

Para sahabat pemuda...

Maka disaat ini, aku menasihati diriku dan mengajak kalian untuk menginfaqkan diri kedalam perjuangan ini dengan penuh rela, redha serta ikhlas. Ketahuilah oleh kalian, bahawa Islam tidak pernah rugi sekiranya kita bukannya tergolong dikalangan para perjuangnya. Namun sesungguhnya kitalah yang rugi sekiranya kita tidak terpilih untuk menjadi pejuangnya.

Sahabatku...

Ayuh, bangkitlah dari keseronokan dunia sebentar ini. Renunglah perjalanan panjang yang bakal kita tempuhi nanti. Semoga Allah merestui kita demi sebuah perjuangan yang perlu kita tegakkan.

Takbir!!!!

No comments: