Monday, May 25, 2009
TM KELANTAN DITABAL PEMANGKU SULTAN
KOTA BHARU, 25 Mei : - Tengku Mahkota Kelantan kini dilantik sebagai Pemangku Raja memandangkan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra sedang gering.Tengku Muhammad Faris Petra menjalankan tugas Sultan mengikut perenggan (b) Fasal (1) dan (3) Perkara 22A Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).
Pelantikan tersebut berkuatkuasa pada 24 Mei 2009 sehingga Tuanku Ismail Petra sembuh daripada kegeringan.
Pengisytiharan mengenai perkara itu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Mohd Aiseri Alias dalam satu kenyataan kepada media di sini, semalam.
"Hendaklah ada satu pangkuan Raja di dalam negeri apabila Sultan gering dan tidak boleh menjalankan tugas menjaga hal ehwal negeri, maka Majlis Perajaan Negeri hendaklah melantik seorang Pemangku Raja atau satu Majlis Pangkuan Raja," katanya
Kelmarin Majlis Perajaan Negeri mengadakan mesyuarat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bersetuju melantik Tengku Muhammad Faris, iaitu anakanda sulung kepada Sultan Kelantan sebagai Pemangku Raja.
Sultan Kelantan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sejak 14 Mei lepas bagi menjalani rawatan setelah mengadu mengalami masalah pernafasan.
Baginda kemudian didapati mengalami masalah jantung.
Bagaimanapun semalam baginda dihantar untuk rawatan lanjut di Hospital Mount Elizabeth, Singapura. Harakahdaily
Saturday, May 23, 2009
PRK KE-7 SELEPAS PR UMUM (DUN MANEK URAI)
PRK 1 - Permatang Pauh - PKRPRK 2 - Kuala Terengganu - PAS
PRK 3 - Bukit Gantang - PAS
PRK 4 - Bukit Selambau - PKR
PRK 5 - Batang Air - BN
PRK 6 - Penanti - Belum Pasti Lagi
PRK 7 - Manek Urai - Belum Pasti Lagi
Keputusan sebelum dikemaskini PR(4) vs UMNO(1)
Keputusan terkini akan dikemaskini selepas keputusan DUN Penanti dan Manek Urai
ADUN MANEK URAI MENINGGAL DUNIA
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai, Kelantan, Ismail Yaacob dari PAS meninggal dunia awal pagi tadi kerana sakit. Ismail, 60, meninggal dunia kira-kira pukul 5.55 pagi tadi.
Ketika dihubungi sebentar tadi, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan Allahyarham Ismail meninggal dunia kerana sakit.
“Beliau dah lama sakit dan meninggal dunia awal pagi… kita akan adakan sidang media pagi ini,” kata beliau. Ismail telah dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu akhir bulan lalu kerana masalah di bahagian kaki dan difahamkan turut menghadapi masalah jantung.
Dalam pilihan raya umum lalu beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohamed Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.
Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS II Kelantan, Datuk Nik Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Jumaat.
Monday, May 18, 2009
Akhirnya Pilihanraya DUN Penanti tetap diadakan, SPR tiada alasan lagi…
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengesahkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, sekali gus mengumumkan tarikh-tarikh berkaitan dengan pilihan raya kecil kerusi tersebut, esok.
Fairus masih ada masa sehingga esok jika mahu mengubah pendiriannya.
“Berdasarkan situasi sekarang (keputusan Fairus kekal pendirian mahu meletakkan jawatan, kita… SPR akan mengadakan mesyuarat (esok) untuk mengesahkan kekosongan dan mengumumkan tarikh-tarikh penamaan calon dan hari mengundi,” kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kepada mStar Online ketika dihubungi.
“Kalau keadaan tidak berubah, YB Fairus kekal mengosongkan, kita akan membuat pengumuman esok,” katanya lagi.
Menurut Wah Ahmad, tempoh tidak lewat 10 hari untuk suruhanjaya mengadakan mesyuarat mengesahkan kekosongan sekali gus menetapkan tarikh pilihan raya kecil akan berakhir tengah malam esok.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dijadual mengadakan sidang media pukul 10.30 pagi esok bagi mengumumkan perkara tersebut.
“Saya dengan ini mengulangi ketegasan saya untuk meletakkan jawatan selaku ADUN Penanti serta menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat di bawah teraju Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Fairus.
Fairus, 32, yang ketika itu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, keputusan itu untuk membolehkan beliau membersihkan namanya daripada semua tuduhan selain bagi melanjutkan pelajaran.
Wednesday, May 6, 2009
ADUN, MP Pakatan ditahan polis
Persidangan DUN Perak yang dinanti-nantikan - yang menentukan hidup mati pentadbiran menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan kestabilan kerajaan pencabarnya Datuk Zambry Abd Kadir - bermula seawal menjelang subuh hari ini apabila sekumpulan 200 penyokong PAS mengadakan solat hajat di Manjoi, beberapa kilometer dari pusat bandar Ipoh.
Mereka menjerit “1Black Malaysia”, “bubar DUN” dan “reformasi.”
Mereka juga melaungkan “daulat tuanku.”
Saturday, February 21, 2009
UMNO dulu, kini & selamanya PENDERHAKA
Oleh pemudabesut"Artikel asal Pemudabesut.blogspot.com
UMNO dari DULU, KINI & SELAMANYA memang adalah PENDERHAKA kepada Raja-raja Melayu. Sudah lama UMNO menyusahkan Raja-Raja Melayu dan sudah tiba masanya kita kaum Melayu membebaskan mereka semua daripada belenggu UMNO.
Sekarang Raja-raja Melayu dikelilingi oleh pengkhianat Melayu dan penderhaka Melayu yang duduk dalam pertubuhan spastik bernama UMNO.
Antara PENDERHAKAAN UMNO kepada Raja-Raja Melayu ialah ulang tayang keratan akhbar lama2 yang melingkupkan kekebalan Raja2 dan menegakkan kebebalan...
1. UMNO pernah meminta disiasat Harta Raja-raja.
3. 4 Resolusi mengenai Istana yang telah dikemukakan oleh UMNO Selangor iaitua) Tubuh satu jawatankuasa siasat harta/projek/tanah yang diluluskan kepada Raja secara langsung @ 'kopitian cina'. (yang lain baca sendiri. Klik pada gambar & besarkan tekan ctrl & +)
5. Tuanku pernah tengok memorandum di atas tak? carilah tuanku yek? Patik pun pinjam kat otai pencinta sejarah, dia kerabat juga Tuanku, tapi digulingkan British sebab Datuk Nenek dia melawan British lalu Selangor diperintah keturunan yang lain yang tunduk dengan British Tuanku.
6. Paling kesian mantan Yam Tuan Negeri Sembilan. Allahyarham Tuanku Jaafar yang disaman bank Standard Chartered sebanyak RM1 juta. Ini boleh dianggap derhaka dan UMNO tidak berbuat apa-apa untuk membantu Allahyarham Tuanku Jaafar. Tok nak peringatkan orang Melayu semua jangan simpan duit kat bank penderhaka ini. biar terlingkup habis bank ini.
8. Anuar Musa ketika jadi timbalan pengerusi perhubungan UMNO Kelantan pernah menabalkan sendiri sepupu Sultan Kelantan sebagai Sultan Kelantan sedangkan Sultan Kelantan masih lagi bersemayam di istana. Pada 29 April 1993, Anuar ketika itu sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan menabal Tengku Ibrahim Petra di majlis pemasyhuran Anugerah Kecemerlangan Indera Petra. Tengku Ibrahim pula disebutnya sebagai orang yang paling layak menduduki takhta kesultanan Kelantan disambut kira-kira 4000 orang penyokonh UMNO di padang sebuah sekolah di Ketereh

10. Jangan dilupakan bagaimana UMNO merobek kekebalan Raja-raja Melayu suatu ketika dulu

11. MB UMNO PERAK sebenarnya lebih dahulu adalah PENDERHAKA




