
Program bermula dengan solat Maghrib berjemaah dan disusuli dengan kuliyah maghrib yang disampaikan oleh Ketua Pemuda Dun yang berkisar mengenai tanggungjawab pemuda sebagai sayap kanan perjuangan.
Selepas isyak para pemuda memulakan program BBQ sementara menanti kehadiran Ustaz Hishamuddin, ajk Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat (DPPKT) merangkap Pengarah Pasti Kawasan Tumpat untuk slot ceramah. Salah satu menu istimewa BBQ kami malam itu ialah seekor ikan pari pasir seberat lebih kurang 15 kg yang baru sahaja dinaikkan dan masih segar.


Selepas kuliyah subuh pada hari Sabtu, para peserta berkemas-kemas untuk pulang ke jeti kerana ada diantara ajk Pemuda Dun yang akan menyertai Seminar Pilihan Raya Jentera Pemuda anjuran Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK) bertempat di Akademi Latihan Pemuda, Kok Lanas.
Kesemua ajk Pemuda Dun yang menyertai muqayyam tersebut melahirkan rasa kepuasan serta kalau boleh ingin diwujudkan program seumpama itu lagi di masa akan datang.
Terima kasih kepada semua ajk Pemuda Dun Kelaboran sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan program tersebut.
No comments:
Post a Comment